Tuesday, January 29, 2008

Penulis Lirik Loloq meninggal dunia


Loloq meninggal dunia
Oleh Saharudin Mustafa
www.utusan.com.my

Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, hari ini.

PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.

---------
takziah diucapkan dan semoga loloq ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Alfatihah

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Thursday, January 24, 2008

Pengganti Faizal Tahir di AJL 22 diketahui



Fiq & Ajai sah ganti Faizal untuk AJL22

Oleh: Ellyna Ali www.murai.com.my

KUALA LUMPUR, 23 JAN 2008: Teka-teki siapa yang bakal menggantikan Faizal Tahir menerusi lagu Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang akanberlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Ahad ini, 27 Januari,nampaknya sudah pun terjawab.

Akhirnya, juara program realiti Mentor musim kedua, Fiq menjadi pilihan penerbit AJL22 untuk menggantikan tempat Faizal bagi membawakan lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan Shah Shamshiri sementara bagi lagu Kasih Tercipta, ia akan didendangkan sendiri oleh komposernya, Ajai.



Perkara ini disahkan sendiri oleh Fiq dan Ajai kepada murai.com.my sewaktu mereka dihubungi menerusi telefom bimbit masing-masing siang tadi.

"Memang pihak penerbit AJL22 ada menghubungi saya meminta tolong untuk menggantikan tempat Faizal bagi lagu Mahakarya Cinta.Awalnya saya agak terperanjat apabila menerima panggilan itu. Saya tak sangka apabila pihak penerbitan rasa saya layak menggantikan Faizal.

"Sungguhpun begitu, inilah saat serta peluang keemasan yang terbaik untuk saya membalas jasa TV3 yang selama ini telah banyakmenaikkan nama saya dalam bidang seni suara.

"Sebagai kawan kepada Faizal pula, saya akan cuba membantu sedaya upaya. Cuma saya harap pihak media serta peminat Faizal dapat menerima kehadiran saya seadanya nanti.

"Apapun, saya berasa sangat terharu dengan kepercayaan yang diberikan pihak penerbitan AJL22 apabila memilih saya dan menganggap saya adalah calon yang sesuai untuk menyampaikan lagu Mahakarya Cinta. Insya-Allah saya akan berusaha memberikan yang sebaik mungkin dengan cara saya sendiri," kata Fiq.

Sementara itu, Ajai pula berkata, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menggantikan Faizal.



"Sebelum ini saya sudah pernah menyanyikan lagu Kasih Tercipta secara langsung. Kalau boleh saya mahu Faizal menyanyikan sendiri lagu ini tetapi nak buat macam mana, kita perlu akur dengan arahan. Saya akan cuba menyanyikan Kasih Tercipta ini dengan sebaik mungkin,' kata Ajai yang turut sibuk dengan uji bakat Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ketika ini.

Isu mengenai penyanyi yang bakal menggantikan tempat Faizal menerusi kedua-dua lagu terbabit dalam AJL22 mula hangat diperkatakan apabila Faizal telah dilarang membuat sebarang persembahan sama adakonsert atau pun program hiburan yang ke udara secara live di kaca TV selama 3 bulan.


Arahan itu dikeluarkan tahu arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia yang tidak berpuas hati dengan aksi keterlaluan yang ditonjolkan penyanyi itu dalam sebuah konsert yang dianjurkan 8TV di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Dalam kejadian itu, Faizal akui sengaja menanggalkan bajunya ketika menyanyi sambil berniat menunjukkan lambang S yang diwarnakan pada tubuhnya itu.

Bertitik tolak daripada itu, Fiq dan Yazer pada awalnya disebut-sebut sebagai antara calon hangat yang bakal menggantikan tempat Faizal dalam AJL22 kerana mereka mampu menguasai genre pop rock dengan baik.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wednesday, January 23, 2008

penampilan terbaru Datin Seri Siti Nurhaliza



klik untuk besarkan gambar




kredit gambar to
http://minaq-jinggo.fotopages.com/

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sheila Rusly Kini bertudung


Alhamdulillah setelah 44 hari berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, pelakon Sheila Rusly akhirnya selamat kembali ke malaysia. Sheila berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 9 Disember lalu bersama dengan suami dan emak kandung. Diharap imej barunya ini berkekalan . Nampak manis apabila beliau mengenakan tudung,,klik untuk besarkan gambar





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wang Hantaran Ning Baizura RM66,666.66


Bertuah ning baizura yang bakal bersuamikan Omar Sharif Christopher Layton Dalton. Harap hubungan mereka selepas bernikah kelak akan kekal selama-lamanya.

RM66,666.66 untuk Ning
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Ning Baizura Hamzah, 33, bakal menerima wang hantaran RM66,666.66 pada majlis akad nikah yang dirancang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di sini, pada 31 Januari depan.

Tunang Ning, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 34, akan menyerahkan wang hantaran itu bersama mas kahwin RM80.

Menerangkan lebih lanjut mengenai perkara itu, Ning yang ditemui di rumah ibu angkat Omar, Datin Farida Hashim di sini, malam tadi, berkata jumlah hantaran itu turut dipersetujui bapanya, Hamzah Mohamed.

�Sebenarnya ayah mencadangkan agar wang hantaran diberikan mengikut angka jumlah ayat yang ada dalam al-Quran.


�Mengikut kiraan dalam al-Quran ada 6,666 ayat, tetapi Omar bermurah hati memberikan 10 kali lebih jumlah ditetapkan keluarga saya,� katanya.


Begitupun, jelas Ning, nilai hantaran diberikan bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia ikhlas daripada bakal suami kepadanya.

Omar yang turut berada di situ pula menyatakan perasaan kasih dan cinta diberikan Ning terhadapnya lebih besar daripada jumlah hantaran bakal diserahkan pada hari pernikahan nanti.

�Saya hargai pengorbanan dan kesediaan Ning melayari hidup berumah tangga bersama saya. Walaupun dilihat banyak, jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Ning untuk saya, ia tidak ternilai dengan wang ringgit,� katanya.

Sementara itu, perancangan majlis pernikahan dan persandingan yang bertemakan ala kampung bakal berlangsung 2 Februari di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade di sini, berjalan lancar.

Farida yang banyak memberikan pandangan mengenai perkahwinan itu, berkata walaupun agak rumit tetapi dengan bantuan pereka set dalaman terkenal Ted Adzlan, apa yang dirancang sedikit sebanyak dapat direalisasikan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



Aktor Hollywood, Heath Ledger Ditemui Mati





Aktor Hollywood Heath Ledger yang terkenal dalam filem kontroversi, Brokeback mountain ditemui mati di apartmentnya dipercayai menelan pil tidur berlebihan

Baca berita mengenai kematiannya

Heath Ledger found dead in bed by masseuse
Heath Ledger found dead in New York


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Monday, January 21, 2008

Azrinaz Mazhar Hakim mengandung anak kedua

Dapat gambar from email mengenai Kehidupan Sultan Brunei dan juga bekas Pembaca berita Tv3, Azrinaz Mazhar Hakim.nampaknya dia dah sarat mengandung anak yang kedua. Alhamdulillah murah rezeki dia kan.KDYMM, KDYMM RAJA ISTERI, DYTM PENGIRAN ISTERI SERTA KERABAT DIRAJA BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS � CALL TO THE BAR� PENGANUGERAHAAN KELULUSAN SEBAGAI PEGUAM KEPADA ANAKANDA BAGINDA YTM PAP HAJAH MUTA-WAKKILAH HAYATUL BOLKIAH DI HS GRAY�S INN LONDON. Klik untuk besarkan

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Thursday, January 17, 2008

Gambar terbaru Nasha Aziz




Lain sikit yer rupa nasha aziz sekarang. terutama di bahagian bibirnya. Ada elemen2 botox atau mekap yer..apapun cuba bandingkan dengan gambar lamanya

http://gambarartis.blogspot.com/2006/10/galeri-nasha-aziz.html



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wednesday, January 16, 2008

Vote My Wallpaper

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pembaca blog gambarartis tersayang. Testing, testing one two threee...Dikesempatan ni, saya amir sebagai pemilik blog ni nak promot sikit wallpaper yang saya dah submit untuk satu competition. Jika anda lapang2, jenguk2la link ni untuk vote my wallpaper. Vote anda semua sangat2 saya hargai. Jika anda sayang blog ini ( sayang saya pun boleh..hehe), VOTE lah satu kali ek..Thanks

Nila gambar wallpapernya tu





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Faizal Tahir dihukum buat kerja amal



Aksi dirancang
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


PETALING JAYA: �Saya memang merancang membuka baju ketika di belakang pentas lagi tanpa pengaruh dadah atau alkohol ketika itu.

�Saya juga mengecat huruf S di badan ketika di belakang pentas kerana meniru aksi pelakon Tom Welling (watak Clark Kent) dalam siri popular Smallville yang diangkat dari cerita Superman,� kata naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir.




Pada masa sama, Faizal mengaku dia tidak berfikir panjang sebelum melakukan perbuatan itu dan tidak sangka ia mencetuskan kontroversi dan memberikan impak besar kepada penonton.

�Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya juga buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir semua orang.


�Bagaimanapun, saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,� katanya ketika ditemui pada sidang media di 8TV di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.


Sidang media itu diadakan bagi membolehkan Faizal memohon maaf berhubung tindakannya menanggalkan baju ketika membuat persembahan secara langsung yang disiarkan menerusi 8TV sempena ulang tahun keempat saluran itu di Central Park Avenue di sini, malam Ahad lalu.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainul.

Beliau yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah perkara tidak diingini sebelum konsert diadakan selepas ini.

�8TV juga mengambil tindakan tegas kepada Faizal dengan memintanya memohon maaf secara terbuka dan memberi amaran keras kepadanya. Faizal juga diminta membuat kerja amal dalam tempoh enam bulan,� katanya.

Faizal mula mencetuskan kontroversi apabila aksi meluncurnya yang disifatkan keterlaluan ketika dua lagu dendangannya, Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta diumumkan mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.


faizal tahir buka baju


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



Sunday, January 13, 2008

Kontroversi Faizal Tahir Tanggal baju



Aiyo faizal, napelah kau bukak baju time konsert yang tengah live disaksikan jutaan rakyat malaysia. Takkan sebab menghayati lagu sampai kena buat camtu.Tak sesuailah...

Faizal tanggal seluar pakaian
PETALING JAYA: Naib juara pertandingan realiti TV One In A Million (OIAM), Faizal Tahir sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan sempena ulang tahun keempat saluran 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama di sini, malam tadi.

Pada persembahan itu, Faizal menyampaikan dua lagu daripada bingkisan album sulungnya berjudul Batu dan Golek serta Kerna Kamu dengan penuh perasaan.

Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton.



klik untuk besarkan



Bintang OIAM musim pertama yang digelar �Superman Malaysia� itu melakukan perbuatan berkenaan di hadapan lebih 8,000 penonton yang menyaksikan persembahannya secara langsung yang disiarkan menerusi saluran 8TV.

Artis lain yang turut membuat persembahan ialah Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, juara OIAM Suki, Bittersweet, Meet Uncle Hussain, band Hujan, juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor dan penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Che�Nelle.

Sementara itu, ketika ditemui, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya memandang serius perkara itu.

�Saya juga terkejut dan tidak menyangka Faizal akan melakukan perbuatan sedemikian ketika membuat persembahan secara langsung di TV.

�Pihak kami akan segera bersemuka dengannya dan meminta penjelasan daripadanya berhubung kontroversi berkenaan.

�Saya akan memastikan dia tidak melakukan perbuatan demikian pada persembahan yang disiarkan secara langsung 8TV pada masa akan datang.

�Ini kali pertama dia melakukan perbuatan seperti itu ketika membuat persembahan di 8TV dan sebenarnya semua artis tempatan memang sudah maklum perbuatan seperti itu tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan atau konsert yang disiarkan secara langsung di TV,� katanya.

Sebelum ini, Faizal pernah menimbulkan kontroversi ketika melakukan aksi meluncur yang disifatkan sebagai keterlaluan apabila dua lagu dendangannya Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta berjaya mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


Kakak dan Adik Siti Nurhaliza Cuba Nasib


Kakak dan Adik Siti Nurhaliza Cuba Nasib di uji bakat Akademi fantasia 6..

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2008: Dalam ribuan peserta yang datang ke uji bakat Akademi Fantasiamusim keenam (AF6) di Pusat Penyiaran Astro di Bukit Jalil, semalam,kakak dan adik kepada Datuk Siti Nurhaliza pun turut kelihatan.

Mereka adalah Siti Nursaidah Taruddin, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Ida (gambar atas, kiri) dan adiknya, Siti Nursaerah, 25 (kanan).

Ida yang juga ibu kepada 4 orang anak akui ingin membuat kejutan kepada Siti Nurhaliza sendiri kerana sebelum ini beliau tidak pernahmengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan nyanyian. Penyertaannya memang mendapat restu daripada suami yang tidak pernah menghalang minatnya dalam bidang nyanyian.

Berbeza dengan Saerah kerana dia tidak pernah berputus asa mencuba nasib dalam beberapa program realiti TV sebelum ini.

"Sebenarnya saya hanya menemankan Saerah. Alang-alang syaratumur sudah dinaikkan, apa salah saya cuba tonjolkan bakat terpendamdalam diri saya. Lagi pun suami saya tak kisah. Ini sebenarnya satukejutan untuk Siti (Nurhaliza)," kata Ida yang membawakan lagu Pastikan nyanyian siapa lagi kalau bukan adiknya sendiri.

Sementara itu, Saerah yang lebih dikenali berbanding Ida terlebih dulu mendapat restu daripada Siti. Malah, dia meminta pendapatdari Siti mengenai lagu dan selok belok pertandingan. Saerah yang sudah bertunang, mulanya tidak begitu yakin untuk menyertai AF kali ini. Inisemua kerana syarat AF yang mewajibkan pelajar tinggal berjauhan dari keluarga.

"Saya mencuba hanya untuk mencari pengalaman dan menambah pengetahuan. Dari AF musim pertama lagi ada kawan ajak saya cuba, tapi saya tak bersedia. Kali ini, saya fikir apa salah mencuba dan tidak mahu menunggu lagi.

"Kak Siti tahu saya datang uji bakat dan dia tidak pernah melarang saya. Dia selalu ingatkan saya supaya buat yang terbaik," kata Saerah yang nyata bernasib baik kerana berjaya melepasi ujian peringkat kedua AF6 bersama Ida.

sumber:www.murai.com.my




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Saturday, January 12, 2008

Gambar Boyfriend Yasmin Hani


Gambar boyfriend pengacara yang terkenal dengan trademark "wachaaaa" (sambil menunjukkan aksi fire ultraman), yasmin hani. Mungkin taste dia sukakan abang botak yang berotot kekar dan segak..apa komen anda?

gambar kredit to web hangat sensasi artis dan selebriti
www.budiey.com

klik untuk besarkan





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar bogel Zarina An Julie tersebar di internet


Tak taulah sama ada gambar lucah bogel pelakon anak pontianak, Zarina An julie yang tersebar luas di internet sekarang adalah gambarnya. Buat masa ini gambarartis tidak mempunyai gambarnya, mungkin sedikit masa lagi. Apa pun jika itu benar bukan gambarnya, anggaplah ia sekadar gossip dunia artis..

�Ada orang dengki saya�
KUALA LUMPUR: �Bukan saya, itu perbuatan orang yang dengki dengan saya,� kata Zarina An-Julie, pelakon baru yang kini popular dengan drama bersiri berunsur seram, Anak Pontianak, mengulas penyebaran gambar bogel menyerupainya melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit dan laman web.
Pelakon berusia 21 tahun yang dikenali dengan panggilan Anju itu mendakwa gambar terbabit dihasilkan melalui teknik pertindihan imej (super imposed).




�Gambar itu bukan saya...sebenarnya sudah tiga kejadian membabitkan gambar menyerupai saya beraksi lucah.
�Semuanya menggunakan teknik sama iaitu meletakkan wajah seseorang dibadan orang lain dan mengatakan itu adalah saya,� katanya ketikadihubungi Harian Metro, semalam.
Anju yang mulanya tergamam apabila dimaklumkan mengenai hal itu kembali tenang selepas melihat gambar terbabit.
Dia difahamkan terlalu banyak gambar bogel menyerupainya beraksi lucah disebarkan melalui laman web dan telefon bimbit.
�Malah saya dan rakan tergelak apabila melihat gambar itu, sebab itubukan saya dan mungkin ada pihak cuba mengambil kesempatan,� katanya.
Katanya, gambar itu jelas tidak menunjukkan sifat fizikalnya seperti tanda lahir atau tahi lalat.
�Tahi lalat dan tanda lahir yang sepatutnya ada tetapi tiada dalamgambar terbabit. Itu dengan jelas serta sah bukan gambar saya.
�Saya juga tidak mengenali lelaki dalam gambar itu, entah siapa,� katanya.

Kata Anju, dia sudah berbincang dengan pengarah drama Anak Pontianak,Ibrahim Alias yang menasihatinya membuat laporan polis jika isu gambar terbabit menjadi lebih buruk.

Ditanya sama ada dia takutberhadapan dengan peminat atau orang ramai, pelakon remaja itu berkata,dia tidak gentar berikutan tidak bersalah.

�Buat apa saya nak takut, itu bukan saya dan hanya orang yang bersalah yang takut. Itu perkara yang perlu dihadapi artis...sebelum ini ada beberapa artis lain menjadi mangsa seperti itu,� katanya.

Anju berkata, keluarganya juga sudah dimaklumkan, malah mereka sudah lali dengan isu kontroversi membabitkannya dan tidak percaya dengan �mulut� orang.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



Gambar Spyshot Proton BLM?

Harini nak off topic sikit dari berita artis ni..sesekali tengok gambar lain apa salahnya yer dak?

gambar ni yang dikatakan Proton BLM ( basic line model ) yang ura-ura bakal dilancarkan pada 18 Januari nanti. my opinion , dengan harganya yang dijangka sekitar 30 000 - 39 000 k rasanya berbaloi untuk mereka yang ingin mencari kereta mampu milik, second car untuk pergi ke pasar dll. since proton dah pun menunjukkan peningkatan kualiti since proton satria neo dilancarkan di bawah pengurusan baru. Amcam, leh jadi salesman kereta tak..hehehe

klik untuk besarkan gambar




proton blm, spyshot blm, proton saga baru, saga blm

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Ikin sudah mula bertudung?


Pelakon Ikin yang dikaitkan dengan mawi dikatakan sudah mula mengenakan tudung. alhamdulillah satu perkembangan yang baik dan harap berkekalan. jangan kejap pakai kejap bukak..hehe

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Pelakon Seksi Zila Bakarin Bernikah



pelakon drama yang terkenal berimej seksi, zila bakarin atau nama betulnya Rosmawati bakarin telah selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, azri izhar.

Zila kelihatan manis bertudung. Kan elok kalau imej ni kekal sampai la lepas dia bersanding nanti..



berikut berita penuh

KUALA LUMPUR 11 Jan. � Tanpa bertunang, pelakon seksi, Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 33, diijabkabulkan dengan pasangannya Azri Izhar, 34, di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Bashri Abd. Majid, dengan mas kahwin RM1,000.
Dengan sekali lafaz, Azri sah bergelar suami Zila dan kedua- dua mempelai kelihatan berseri mengenakan pakaian berwarna putih.
Majlis pernikahan pasangan tersebut dibuat secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai.
Zila Bakarin yang ditemui selepas majlis akad nikah tersebut kelihatan terkejut dengan kehadiran wakil media tetapi tetap menyambut baik kedatangan media.

�Bukan Zila tidak mahu jemput media. Ini hanya majlis kecil, sebab Zila bercadang jemput pihak media semasa persandingan Zila nanti,� katanya.


Diminta mengulas tentang perhubungannya, kata Zila dia mengenali Azri yang merupakan seorang jurukamera sejak tujuh tahun lalu sewaktu menjalani penggambaran drama.

�Zila harap selepas perkahwinan ini rezeki Zila akan lebih murah dalam lakonan dan kekal bahagia dalam perkahwinan selamanya,� kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.


Tambah Zila, persandingannya akan dibuat dalam masa terdekat iaitu sebelum pertengahan tahun ini dengan hantaran sebanyak RM20,000.

Ehsan Utusan Msia 12 Januari 2008



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Friday, January 4, 2008

Zhana AF beraksi lucah lagi?



hai apa nak jadi dengan artis suam2 kuku seorang ni.Tak letih ke create kontroversi. Belum abis isu gambar bogelnya tersebar kat internet yang hangat dikatakan, ni pulak tersebar gambarnya beraksi nakal. Camne la orang nak percaya yang dulu tu bukan gambar bogelnya? Anda nilaikan sendiri..

gambar kredit: isuhangat.blogspot.com


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wednesday, January 2, 2008

Gambar Boyfriend Fatin AF5



anda masih ingat dengan Fatin dari akademi fantasia 5? ini pun gambar dari email dari seorang rakan yang menunjukkan gambar fatin dan boyfriendnya..amboi berpeluk2 tak ingat tu..heheh
klik untuk besarkan


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe