Wednesday, November 12, 2008

Gambar Ashraff dan bunga kembali ke Malaysia





Ashraff dan Bunga telah kembali ke Malaysia menaiki Jet Peribadi. mesti mahal nak sewa tu erk...

sumber:www.klubkidd.com


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Gambar ako mustapha dan tunangnya di ASK 2008




sumber: www.budiey.com


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Monday, November 10, 2008

Norish Karman dapat hak penjagaan anak




SHAH ALAM: Dramatis terkenal, Norish Karman, memperoleh hak penjagaan terhadap tiga anaknya, manakala suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, bersetuju dengan hak lawatan terhadap anak mereka, selepas kedua-duanya melalui majlis sulh yang diadakan pagi tadi.



Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad, menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan untuk membolehkan satu perjanjian persetujuan dalam bentuk perintah diperoleh.

Terdahulu, peguam bela Norish, 34, Akbardin Abdul Kader, memberitahu mahkamah kedua-dua pihak berjaya mencapai penyelesaian melalui majlis sulh yang berjalan pagi tadi.



Menurut dokumen mahkamah, kedua-dua pasangan itu disahkan bercerai pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Mereka berkahwin pada 11 Januari 1998 dan didaftarkan di Perlis.

Hasil perkahwinan itu, Norish dan Hashimuddin memperoleh tiga anak iaitu Muhammad Haqiem Amany, sembilan, Muhammad Hady Amieran, lima dan Nur Hanyz Amanda, empat tahun.


Sumber Berita harian



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


galeri gambar Remy Ishak







Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestari bernikah

















Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Thursday, November 6, 2008

Norman pasrah jika berpisah




�Saya pasrah andai berpisah�
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: �Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,� kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.



Ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.

Ditanya perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.


Malah, menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai persekolahan anak.

�Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti...bersatu atau berpisah.

�Kebajikan mereka tidak akan terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari raya lalu,� katanya.

Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan tiada jalan penyelesaian.

�Saya nak cari jalan penyelesaian...saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.

�Berikan saya ruang...biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,� katanya.

Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.

�Saya tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi...saya perlu pertahankan diri saya.

�Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang menebal, biarlah dia reda dulu...dalam keadaan pelbagai spekulasi dan andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

�Saya memohon kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan rumah tangga kami...apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,� katanya yang lega dapat melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.

Norman berkata, dia memohon petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah berpisah, dia bersedia menerimanya.

Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Perkara itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman, Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.

�Saya belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.

�Saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada pihak Abby,� katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.

Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.

�Saya tidak sangka media akan datang ke sini...nanti apa pula anggapan masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,� katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Fahrin ahmad ada teman baru?







klik berita penuh untuk lebih banyak gambar
Sumber: Bintang Popular

CINTA 'teman tapi mesra' antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini tersimpan dalam lipatan sejarah. Betul kata pepatah, kumbang bukanseekor, bunga bukan sekuntum apabila Fahrin kini tidak lagi keseorangan apabila dia kini dikatakan sudah ada kekasih baru. Gosip terbaru yang diperoleh mengatakan Fahrin kini sering dilihat bersama aktres remaja,Scha yang bakal muncul dengan filem pertamanya, Antoo Fighter dan drama bersiri lakonannya, Awan Dania pula disiarkan menerusi Astro Ria.



Terbaru, Fahrin dan Scha dilihat datang beriringan ke MajlisRumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP),baru-baru ini, apabila Zubir sendiri menjemput mereka di lobi hotel.Apabila pasangan dua sejoli itu melintas di depan rakan artis, merekasekadar melemparkan senyuman apabila diusik.

Di satu sudut, Zubir sempat bertanya Fahrin sejauh manaperhubungannya dengan Scha. �Kami perlukan masa dalam perhubungan ini,sama seperti pasangan lain. Cuma saya tidak mahu lagi melabelperhubungan saya dan Scha sebagai �teman tapi mesra�. Kali ini saya takmahu berselindung, kami berpijak di bumi nyata.�
Zubir pula tidak berapa mengenali Scha secaraperibadi, tapi apa yang Zubir maklum, Scha sebelum ini tidak pernahdikaitkan menjalin hubungan serius dengan sesiapa. Justeru, Fahrin danScha dipertemukan dalam masa, tempat dan situasi yang sesuai!
�Saya selesa berkawan dengan Fahrin. Kini, saya sedang mengenalidirinya. Kami mula rapat ketika sama-sama berlakon drama Lemas DalamCinta. Kami berkawan dan lama-kelamaan nampaknya ada keserasian antarakami. Jadi, berilah kami masa,� kata Scha berterus-terang ketikaditemui sebelum majlis berakhir.

Zubir doakan apa yang direncana Fahrin dan Scha menjadikenyataan suatu hari nanti. Cuma satu pesanan Zubir, kalau dah terbitkeserasian, jangan tunggu lama-lama Fahrin. Scha tu cantik, comel!Jangan sampai dikebas orang!

Gambar Scha yang lain. Cute kan?









Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


Gambar terbaru Nora Danish pregnant

Nora Danish maintain cute dan berseri walau dalam waktu mengandung ni:-)












Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wednesday, November 5, 2008

gambar Mawi berkursus kahwin di Masjid Putra








Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Nabil dan kereta barunya


Murah rezeki Nabil ah lu pikir la sendiri sejak menang raja lawak musim kedua. Cweria beliau bergambar bersama kereta Mitsubishi lancer Gt2.0..makin naik la saham dia lepas ni






Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe