Tuesday, January 20, 2009

Norman dan Memey Tak ngaku salah


Kes khalwat: Norman - Memey mengaku tidak bersalah
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR : Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hariini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu diMahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Hakim syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktoritu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunaisetiap seorang yang perlu dibayar hari ini.



"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamindan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduhhendaklah terdiri daripada kakitangan awam.

"Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.

"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorangpenjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen TatacaraJenayah Syariah Selangor 2003.

"Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan,pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.

Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.

Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66 dan dua orang abangnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.

Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang, Selangorsekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar perkahwinan Sari Yanti











Pelakon muda, Sari Yanti Mohamad Nazari, 25, yang menempa nama menerusi drama, Kisah Kaisara, selamat melangsungkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Mohd Eddy Casmady Che Hussin, 29, di Kampung Parit dekat sini, baru-baru ini. Semoga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
amin

kredit photo:
www.gua.com.my











Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tuesday, January 13, 2009

Memey muncul di WHI



Memey muncul di rancangan Wanita Hari ini untuk menjawab segala teka teki hubungannya dengan Norman Hakim dan adakah dia punca sebenar penceraian Norman dan Abby Abadi..apa pandangan anda?

Norman Lelaki Baik
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Walaupun Suhaiza Suhaimi, 20 atau Memey, masih berdolak-dalik mengenai hubungannya dengan Mohamed Norhakim Zaidon, 32 atau Norman Hakim, namun dia mengakui senang berkawan dengan pelakon itu yang disifatkannya baik, prihatin dan banyak memberi nasihat.

�Norman lelaki yang baik, suka ambil berat serta banyak memberikan nasihat dan pandangan dalam bidang seni kerana dia lebih berpengalaman.

�Dia beritahu apa yang perlu dan tidak perlu saya buat dan dia nampak aspek yang saya tidak nampak. Selepas kejadian itu (ditangkap kerana disyaki berkhalwat), kami ada berjumpa dan dia banyak memberi sokongan untuk berdepan masalah itu dan masyarakat,� katanya.

Dia berkata, Norman suka berbual dengannya tetapi tidak menyangka akan berkawan rapat sehingga mereka ditangkap khalwat.


�Kami tidak merancang berkahwin walaupun ada pihak membuat spekulasi kami sudah bernikah di Thailand. Itu semua tidak benar, kami belum berkahwin. Namun, saya tidak menolak jika ada jodoh antara kami kemudian nanti.

�Kalau boleh saya memang hendak mengelak menjalin hubungan dengan suami orang, tetapi tiada siapa tahu apa yang berlaku pada masa depan,� katanya yang ditemui selepas menjadi tetamu program Wanita Hari Ini di TV3, Seri Pentas, semalam.

Turut diundang ke program itu, pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memberi pandangan kes Memey dan Norman yang menjadi tajuk utama media penghujung tahun lalu.

Apa juga tanggapan masyarakat, bagi Memey, dia baik dengan Norman atas dasar kawan.

Menyentuh pandangan keluarganya terhadap Norman selepas mereka ditangkap khalwat, Memey menjelaskan keluarganya tidak pula melarang dia terus berkawan.

�Segala-galanya terpulang kepada saya. Seperti diketahui ramai, Norman dan keluarganya ada mengunjungi keluarga saya di Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, tahun lalu untuk mohon maaf dengan kejadian yang berlaku selain menjalin silaturahim.

�Saya juga ada membuat kunjungan balas menyuarakan kemaafan dengan keluarga Norman,� katanya yang tetap mempertahankan hubungannya dengan Norman hanya sebagai kawan meskipun diasak pelbagai soalan.

Norman dan Memey akan menghadapi kes perbicaraan tangkap khalwat mereka pada 20 Januari ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Hulu Klang.

Pasangan itu ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat pelakon terbabit di Ukay Perdana, awal pagi 30 Oktober lalu.




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sunday, January 11, 2009

Gambar Salina Saibi & Nadia Mustafa mengandung



kiut je muka ibu2 mengandung ni kan

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar Dafi Spa Q bersama tunang


Gambar Fazren Rafi aka Dafi dari siri drama popular TV3, Spa Q bersama tunangnya.. Manis mereka berdua dan semoga selamat sampai ke jinjang pelamin..




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Thursday, January 8, 2009

Siti, Datuk K mahu saman

Siti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah cerai
Oleh Farihad Shalla Mahmud
www.bharian.com.my



KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.


Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.

"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam.

Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.

Terbaru, gosip tersebar luas di internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.

Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.

"Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.

"Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas ini tersebar," katanya.

Khalid berkata, pernah satu ketika kerana terlalu tertekan dengan gosip, hampir saja beliau menyuruh Siti meninggalkan nyanyian.

"Saya faham apabila berkahwin dengan Siti secara tidak langsung saya terdedah dengan gosip tapi apabila didiamkan, semakin menjadi-jadi," katanya.

Sementara itu, Siti mengaku terkilan rumah tangga mereka sering digosipkan.

"Siti ingin diamkan perkara ini kerana sebagai selebriti, ia adalah asam garam. Namun Siti memahami perasaan suami. Sebagai ahli perniagaan, gosip seperti ini menjejaskan reputasinya," katanya.





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Nora Danish dapat zuriat lelaki


sumber:Berita Harian

Nora Danish selamat menimang cahaya mata sulungnya pagi semalam. Pelakon drama bersiri Puteri ini melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles Ampang dan khabarnya kedua-dua ibu dan anak ini sihat-sihat saja. Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran orang baru ini menceriakan nora dan memberi limpahan rezeki untuknya..:-)




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sharifah Zarina kini tokey restoren






Sharifah Zarina kini beralih arah ke dalam bidang perniagaan makanan dengan membuka Restoran Baso: Indonesian Cuisine yang terletak di Plaza Mentari, bandar Sunway.
Moga dia berjaya dengan bidang barunya ini
sumber:berita harian

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Wednesday, January 7, 2009

Gambar terkini Norkhiriah





kredit picture
budiey.com sensasi selebriti

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribehttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Tuesday, January 6, 2009

Adlin, Emelda bersatu Mac


sumber:utusan malaysia

PAPA tumpang gembira apabila akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini sudah bersedia untuk disatukan.

Khabarnya, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi tetapi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam bulan Mac nanti.

Apa yang Papa dengar lagi, bukan calang-calang mereka yang terlibat dalam urusan perkahwinan Adlin dan Emelda ini.

Semuanya nama-nama besar terutama sekali dalam penyediaan busana perkahwinan mereka.

Untuk majlis persandingan di Ipoh, Perak nanti, pasangan kekasih ini sudah sepakat untuk memilih konsep tradisional Jawa manakala untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur pula, Adlin dan Emelda memilih konsep moden.

Papa tidak mahu mengulas lanjut tentang mereka yang terlibat dalam majlis perkahwinan mereka itu nanti kerana adalah lebih manis untuk mereka sendiri yang memberitahunya kelak.

Apa-apa pun, Papa akan mendoakan yang terbaik untuk kedua pasangan selebriti ini.

Pastinya kini, bonda Adlin, Mak Mah tidak menang tangan untuk menyediakan persiapan untuk anak bujang kesayangannya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Thursday, January 1, 2009

Gambar kahwin Zaff [Suria FM] & suami







Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe