Monday, March 30, 2009

Gambar pernikahan Yatt, Talib




Pengacara, model dan pelakon jelita, Haryati Hamzah atau lebih dikenali engan nama YATTT akhirnya selamat dinikahkan dengan jejakan pilihan hati, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada 29 mac yang lalau..Semoga berbahagia hingga ke anak cucu :-0

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Friday, March 20, 2009

Diana Danielle ke PLKN




KUALA LUMPUR 19 Mac � Pelakon Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya ke stesen bas Bukit Jalil bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang yang bermula hari ini.

Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, anaknya itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis kerana terpaksa berpisah dengannya selama hampir tiga bulan bagi mengikuti latihan di kem tersebut.



��Sebelum ini Diana berjanji tidak mahu menangis. Kalau menangis pun dia kata, dia tidak mahu tunjukkan kepada orang lain. Tetapi petang tadi saya lihat dua kali dia sebak daripada nada suara dan air mukanya yang sugul.

�Saya tahu dia menangis kerana ini kali pertama berpisah terlalu lama dengan saya. Sebelum ini, paling lama pun dua hari iaitu ketika dia pergi berkhemah di Taman Negara, Pahang tahun lalu,� kata Norsiah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pelakon berusia 18 tahun ini terpilih menyertai PLKN kali ini selepas terpaksa menangguhkannya pada sesi pengambilan Disember tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon dalam filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.

Jelas Norsiah, Diana tidak berniat enggan menyertai PLKN pada Disember lalu kerana anaknya itu telah terlebih dahulu menandatangani kontrak berlakon filem itu pada bulan Ogos.

�Dia terpaksa menjalani penggambaran filem itu selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sedangkan dia terpilih menyertai PLKN selepas itu iaitu pada Disember tahun lalu.

�Disebabkan pertindihan waktu, Pengurus Produksi filem Kecoh Betul, Hasni telah berjumpa dengan pegawai PLKN untuk berbincang bagi mendapatkan kebenaran penangguhan Diana daripada menyertai kem itu.

�Diana terpaksa membayar ganti rugi kalau dia tidak dapat menjalani penggambaran Kecoh Betul yang memang sudah lama dirancang. Syukurlah masalah itu sudah selesai dan akhirnya anak saya dapat juga menyertai PLKN,� jelasnya.

Kes penangguhan Diana menyertai PLKN Disember lalu mencetuskan berita sensasi kerana difahamkan Diana merupakan artis remaja pertama terpilih menyertai kem latihan itu.

Tambah Norsiah, penyertaan Diana itu secara tidak langsung turut membuktikan anaknya bukan sengaja mahu mengingkari arahan kerajaan, sebaliknya ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wednesday, March 18, 2009

IFa Raziah dulu dan sekarang

Dulu



Sekarang






makin muda wajah ifa ni..apa rahsianya




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Yatt bernikah 29 mac



Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

AMPANG: Model, pengacara dan pelakon muda, Haryati Hamzah atau Yatt,28, berdebar menunggu saat menjadi isteri kepada pasangannya, seorangpengurus di Sports Planet, Ampang, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 28, atauTalib.

Selepas lebih setahun mengikat tali pertunangan, merekaakan diijabkabulkan pada 29 Mac ini di rumah keluarga Yatt di Seremban2, Negeri Sembilan.




Majlis persandingan berkonsep moden,kontemporari dan tradisional serta bertemakan ��Cinta Kami�� kedua-duabelah pihak akan berlangsung di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajayapada 4 April.

Yatt yang pernah berlakon dalam drama KaberHero Kaber Zero, Bella dan filem Impak Maksima, berkata sepertipasangan lain, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar selagimajlis itu belum selesai.

��Kami doakan semoga semuanya berjalan lancar seperti direncanakan.Saya mengambil tempoh lebih setahun untuk membuat persiapan dan cutisebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

��Setakat ini, persiapan sudah siap 80 peratus seperti baju, pelamindan kad undangan yang ditaja rakan baik,�� katanya ketika ditemui padasidang media di Butik Lynda Rahim, Taman Dagang di sini, semalam,selaku perancang majlis bersejarah mereka.

Ditanya mengenaimajlis perkahwinan itu akan berlangsung secara besar-besaran keranaditaja pelbagai pihak, Yatt berkata, dia mengimpikan majlis perkahwinansederhana tetapi meriah.

Sebenarnya, kata pelakon itu, dia danTalib memang merancang majlis perkahwinan sederhana tetapi tidak dapatmenolak apabila ramai pihak, terutama rakan baik mahu menjadi penaja.

'Kami cuma mengundang 1,500 tetamu membabitkan keluarga kedua-dua pihak pada majlis persandingan nanti,' katanya.

Yatt berkata, dia dan Talib sepakat memilih mas kahwin RM80.80 sen kerana mereka dilahirkan pada tahun sama iaitu pada 1980.





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wednesday, March 11, 2009

Gambar isteri pelawak veteran










Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar Sharifah Aleya Hamil




maintain comel si leya ni walau dah hamil 4 bulan..
sumber:
http://www.bloghiburan.com


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Zul huzaimy jadi pondan?



misai tetap maintain:-) gambar ini dikhabarkan untuk satu filem yang saya tidak lagi tahu tajuknya...
sumber:
http://mediamalaya.com




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Monday, March 9, 2009

Gambar Anak Raja Bahrin kahwin



KUALA TERENGGANU: Anak perempuan Datuk Raja Kamarul Bahrin Ahmad Shah, Raja Shahirah Aishah, 24, selamat diijabkabulkan dengan Syarul Reza Abdul Aziz, 29, dengan tiga kali lafaz di Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini, jam 9.35 malam tadi.

Raja Shahirah yang anggun dalam persalinan sedondon berwarna putih dengan pasangannya yang juga penyanyi kumpulan Love Me Butch dinikahkan sendiri oleh bapanya, Raja Kamarul Baharin dengan mas kahwin sebanyak RM100



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Nadia Mustafar dan baby comelnya





Tidak dapat digambarkan dengan perkataan tetapi secara jujurnya raut wajah pasangan suami isteri Nadia Mustafar, 33, dan Hazil Izham Ismail, 35, benar-benar gembira.

Manakan tidak pada 3 Mac lalu, lahir seorang bayi lelaki, zuriat yang dinanti-nantikan mereka selama ini selepas dua tahun berusaha.



Memanjatkan rasa syukur, kata Nadia akhirnya dia menjadi ibu pada hari yang sungguh bermakna apabila dia selamat bersalin kira-kira pukul 1.01 petang di Pusat Perubatan Pantai, Cheras, Kuala Lumpur. Malah pada detik itu Nadia sendiri merasai bagaimana sukarnya melahirkan seorang anak.

Ketika itu juga dia terbayang betapa susahnya ibunya dahulu mengandung dan melahirkannya.

Ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri Cheras dua hari selepas bersalin, Nadia mengakui hatinya hiba saat melahirkan anak yang diberi nama Qaliff Izham.

Sebabnya kata Nadia selama ini dia mengambil masa kira-kira dua tahun berusaha untuk mengandung tetapi tidak berhasil.

Puas sudah melakukan pelbagai cara. Buat rawatan itu dan ini tetapi rezeki itu masih belum diizinkan Tuhan.

Tetapi akhirnya pada tahun lalu ketika dia disahkan mengandung, Nadia mengakui hatinya amat gembira kerana ketika usianya sudah meningkat, dia memperoleh juga zuriat yang akan menjadi penyeri hidupnya sekeluarga.

Syukur sangat-sangat kerana saya ada juga anak walaupun dua tahun menaruh harapan untuk mengandung,?katanya.

Tidak ramai yang tahu Nadia menjaga anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang kini berusia sembilan bulan.

Bila difikir-fikirkan kata Nadia, rezekinya berjaya mengandung kerana berkat memelihara seorang anak angkat yang diambilnya melalui seorang kawan.

Saya mengambil Mia Qaisara selepas seorang kawan memberitahu ada keluarga yang mahu menyerahkan anak mereka kerana desakan hidup.

Kerana bimbang tak mengandung walaupun sudah dua tahun berkahwin, akhirnya saya mengambil anak itu untuk menjadi penyeri dalam keluarga kami.

Bagaimanapun selepas beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan saya mengandung. Masa tu memang bersyukur tak terkira.

Saya anggap rezeki saya dapat anak sendiri kerana tuah daripada anak angkat saya ini,?kata Nadia.

Berdasarkan kepada pengalamannya menjaga Mia Qaisara, Nadia tidak lagi menghadapi masalah untuk menguruskan bayi kecilnya itu.

Malah Nadia juga cekap untuk memakaikan lampin serta memandikan bayinya itu.

Malah yang lebih istimewa lagi bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram itu sihat dan tidak banyak meragam.

Setiap hari saya tatap wajah dia. Saya impikan sebuah keluarga yang bahagia dan sporting macam mana akrabnya hubungan saya dan keluarga saya selama ini,?katanya.

Bercerita detik sebelum melahirkan anaknya itu kata Nadia, dia sebenarnya teringin untuk menikmati makanan steamboat.

Selepas keluar makan malam Nadia dan suami terus pulang ke rumah sambil menonton televisyen. Ketika itu dia terasa perutnya sakit dan terus dibawa ke hospital kira-kira pukul 4 pagi.

Semasa di hospital doktor mengesahkan kandungannya sudah matang dan menanti untuk bersalin sehinggalah dia selamat melahirkan anak kira-kira sembilan jam kemudian. Ketika melahirkan bayi itu suaminya Hazil Izham turut berada bersamanya.

Sewaktu doktor meletakkan bayi di atas perut, ketika itu dia merasakan amat gembira kerana memiliki anak sendiri.

Pada masa itu juga saya nampak suami saya menitiskan air mata. Terharu agaknya melihat macam mana saya bersalin selain memikirkan kami sudah ada anak,?kata Nadia yang bercuti rehat selama tiga bulan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe