Lydiawati tidak tertekan kena cerai
Oleh WAZIHA WAHIDwaziha@kosmo.com.my
BANTING:'Saya tidak tertekan, saya pernah laluinya sebelum ini.'
Itu kata pelakon terkenal, Lydiawati di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat semalam selepas mendakwa dia telah diceraikan oleh suaminya, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk di rumahnya, awal Februari lalu.
Pelakon itu memohon supaya permohonan bercerai secara baik yang difailkan suaminya pada 19 Mac lalu ditangguhkan sehingga mahkamah memutuskan sama ada lafaz cerai luar mahkamah bersabit atau tidak.
Perkara itu dinyatakan oleh peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 43, di mahkamah semalam ketika sebutan kali pertama kes permohonan bercerai secara baik yang sebelum ini difailkan suaminya, Datuk Azhar Mohd. Zar, 35.
Terdahulu, Zulkifli memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk bercerai setelah mendakwa tidak tahan dengan layanan dan nafkah yang tidak mencukupi.
'Secara prinsipnya, defendan bersetuju untuk bercerai namun memohon supaya ditangguhkan berikutan dakwaan defendan bahawa plaintif ada melafazkan cerai luar mahkamah dan memohon diputuskan sama ada secara kinayah (kurang jelas) atau surih (jelas).'
Lafaz cerai yang didakwa Lydiawati adalah berbunyi seperti: 'Kau bebas, aku bebas, kau boleh buat apa saja.'
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik
subscribe