gambar hiasan
Apa komen anda? Komen saya, baguslah tindakan ina ni...nanti kalau dia pergi mesti ada wartawan nak kait2kan cerita lama mereka dan kesian pulak kat suami tercintanya encik suhaimi itu.. Biarlah yang dah lepas tu...kita buka buku baru...
KUALA LUMPUR, 17 DIS 2008: Wanita yang pernah singgah dan bertakhta di hati Mawi satu ketika dulu, Nordiana Naim atau Ina Naim, 23, mengakui tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bekas tunangnya itu dengan Ekin, sekalipun bakal diundang untuk majlis persandingan nanti.
"Terima kasihlah kerana bakal pengantin masih ingatkan saya. Tetapi rasanya saya tidak dapat datang. Lagipun kalau saya datang, macam-macam pula spekulasi yang timbul nanti. Sekarang ini pun, apa yang orang tak cakap pasal diri saya.
"Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.
Dia sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya," katanya Ina kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Ina berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mawi yang mahu menjemputnya bersama Suhaimi ke majlis persandingan mereka di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan pada 11 Januari 2009 nanti.
Bukan itu saja, Ina juga keberatan untuk mengulas apa-apa tentang perkahwinan Mawi & Ekin yang kini mendapat liputan yang begitu meluas daripada pihak media tempatan.
"Maaflah, kalau boleh saya memang tidak mahu beri apa-apa komen lagi tentang hal-hal yang berkaitan dengan Mawi. Cukup-cukuplah mengaitkan saya dengan Mawi lagi. Apa yang berlalu sudah pun berlalu.
"Saya sekarang sudah bahagia dengan kehidupan baru saya dan Mawi saya anggap tidak lebih sekadar rakan artis biasa," katanya yang kini sudah bergelar ibu selepas dikurniakan anak lelaki, Ehmad Hadie Alfardie, 8 bulan.
Menjelaskan mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Ina berkata, dia kini sibuk memberikan tumpuan dan jagaan terhadap Ehmad.
"Tambah-tambah lagi sekarang ini dia cukup lasak. Memang lelah jugalah hendak mengawal serta menjaganya. Pada masa yang sama, saya turut membantu Suhaimi untuk memasarkan album solo barunya yang berjudul Kalamak serta meluaskan pasaran Kopi Sawda' keluaran Corpora Corporation Sdn Bhd.
"Alhamdulillah penerimaan masyarakat terhadap produk itu baik sekali. Mungkin kerana kelebihannya yang memiliki campuran Habbatul Sawda' iaitu sejenis bijirin hitam bersama Tongkat Ali dan beberapa ramuan herba yang lain.
"Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, Kopi Sawda' ini akan dipasarkan ke negara Arab tidak lama lagi. Untuk memenuhi permintaan pasaran Kopi Sawda' di sana, produk itu akan ditukarkan namanya kepada Barakah," katanya.
Selain itu, Ina juga kini giat menyertai kursus yang berkaitan dengan perniagan multi-level HPA.
Ina sebelum ini pernah mendapat perhatian pihak media apabila menjadi tunangan Mawi selama lebih kurang 2 tahun bermula 10 Februari 2004 hingga 10 Julai 2006. Sesudah putus tunang dengan Mawi, Ina terus menceburi bidang seni sebagai penyanyi rakaman dan tidak lama kemudian, dia mengahwini Suhaimi pada 12 Ogos 2007.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe
Tags:
No comments:
Post a Comment