Thursday, November 29, 2007

Anak pontianak yang seksi

anak

anak2

anak3

anak4

mia1

mia

real_pontianak

Wow seksinya pelakon anak pontianak, Zarina An Julie ni..Sungguh maut posing-posing dia ni...

kredit to sup_ekor dari forum cari

klik untuk besarkan gambar


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Mesranya Misha Omar dan Andy Flop Poppy

misha1

misha12

klik untuk besarkan

Apa agaknya perasaan anak2 dan isteri Andy. Rasanya kalau terlalu gembira pun boleh lagi jaga tingkah laku supaya tak mendatangkan cerita "panas" dari orang disekeliling. Apa pandangan anda?

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Wednesday, November 28, 2007

Galeri gambar Zed Zaidi









Info Ringkas
Nama Layar :Zed Zaidi
Nama Rozaidi Abd Jamil
Umur:27 tahun
lahir:27 Jun 1980



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tuesday, November 27, 2007

Jasmin Hamid tuntut cerai


Lagi salah sorang artis dimalaysia memfailkan penceraian. kesian kat anak2 kalau perkara ni terjadi.Sebelum ni dia menafikan rumahtangganya bermasalah, tapi bila dah macamni, nampaknya benarlah gossip sebelum ni..apapun doakan yang terbaik buat dia dan semoga kerjaya lakonannya maintain sebab dia ni aku cukup suka sebab versatile boleh bawak pelbagai watak...

Jasmin Hamid tuntut cerai
Oleh Mohd Sabran Md Sani

www.hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 18 Disember depan untuk mendengar permohonan perceraian pelakon drama popular, Jasmiah Abd Hamid, 33, atau Jasmin Hamid dan suaminya, Ian Rashid Macquistan, 35.

Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan kes perceraian antara Jasmin (plaintif) dan Ian (defendan) dirujuk mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Penetapan tarikh pada sebutan semula kes itu dilakukan dalam kamar, selepas Jasmin yang diwakili peguam Zulkifli B C Yong bersetuju menyelesaikan kes secara baik.



Ketika ditemui di luar mahkamah, Zulkifli berkata, anak guamnya bersetuju menyelesaikan perceraian secara baik dan perkara itu dirujuk mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.


�Berdasarkan seksyen itu, apabila permohonan dibuat satu pihak, ia mengkehendaki satu pihak yang lain memberi persetujuan. Sebaliknya, kalau satu pihak tidak bersetuju mahkamah akan melantik jawatankuasa pendamai.


�Sekiranya jawatankuasa pendamai yang dilantik mahkamah gagal menyelesaikan kes mahkamah akan melantik dua hakam sebagai jalan terakhir dan masing-masing mewakili setiap pihak,� katanya.

Sementara itu, Ian Rashid yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam hadir ke mahkamah kira-kira jam 2.30 petang untuk mendengar sebutan semula kes itu.

Sejurus kemudian, seorang wanita tidak dikenali dan berkaca mata hitam dilihat hadir ke mahkamah sambil memerhatikan sekumpulan wartawan dan jurugambar yang mengikuti kes berkenaan.

Kira-kira jam 2.45 petang, Zulkifli pula memasuki Mahkamah Rendah Syariah 5, tetapi keluar semula dan memasuki bilik hakim untuk mendengar permohonan perceraian.

Pelakon yang pernah mengungguli trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1996 (drama Jutawan Segera) itu memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 14 November lalu.

Jasmin yang terkenal dengan watak penggoda dan antagonis dalam drama lakonannya melangsungkan perkahwinan dengan Ian Rashid pada 15 Januari 2000 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ian Haziq, 6.

Jasmin yang beraksi dalam tiga projek drama baru iaitu Dilema Wanita, Diari Datin dan drama bersiri keluarga Bong turut memiliki dua lagi anak angkat dipelihara ibunya, Rohana, 21, dan Lokman Hakim, 12.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Monday, November 26, 2007

Sekitar AJL 22 kategori poprock


Kumpulan Jinbara antara persembahan yang memukau penonton


Wajah ceria finalis kategori Pop Rock AJL22 (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin)


Amer Sofaz gementar dan akui tidak melakukan persembahan dengan baik


Datin Seri Siti Tebus kekalahan


Mawi dengan gaya tarian tersendiri


Estranged bangga kerana pertama kali berjaya ke AJL


misha dan andy membawakan lagu sembunyi

Finalis kategori Pop Rock AJL22

Datin Seri Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta
Estranged - Itu kamu
Sofaz - Janjiku
Jinbara - Puteri Bumi kenyalang
Misha dan Andy - Sembunyi
Mawi - Angan dan sedar

Siapa yang akan jadi juara?. My vote goes to
Estranged - Itu kamu..heheh

sumber mstar.com.my

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sheikh Muszaphar bertunang tidak lama lagi?




KUALA LUMPUR 26 Nov. � Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini berharap dapat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya tidak lama lagi.

Meskipun enggan mengesahkan hubungannya dengan Dr. Halina Mohd. Yunos yang mencuri tumpuan media apabila mendampinginya Sabtu lalu, beliau memberitahu, hubungan mereka belum memasuki alam pertunangan.

Namun, apabila ditanya sama ada beliau akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi, Sheikh Muszaphar berkata:��Tidak lama lagi, saya harap.��



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penganjuran Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia (MISA) di restoran miliknya, Rebung, di sini hari ini.

Ahad lalu, akhbar menyiarkan gambar dan identiti gadis pilihan Sheikh Muszaphar, 35, yang menemaninya ke majlis mesra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama media di sini.

Halina, 27, seorang doktor perubatan dalam bidang kecantikan (estetik) di PrimaNora Women�s Wellness Centre, mula berkenalan dengan Sheikh Muszaphar semasa menuntut di UKM, lima tahun lalu.

Kedua-duanya bagaimanapun enggan mengesahkan hubungan mereka sebagai kekasih meskipun Sheikh Muszaphar menyatakan mahu menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2009.

Semalam, bapa kepada Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha menjawab persoalan itu dengan mengesahkan hubungan mereka sebagai kekasih dan mengakui Halina bakal menantunya.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Ditanya berkali-kali mengenai butiran hubungannya dengan Halina, beliau tetap dengan pendirian mahu kehidupan peribadinya diasingkan dan enggan menjawab tapi hanya tersenyum.

Beliau turut memberitahu, media lebih gemar menyoalnya berhubung hubungan peribadinya berbanding eksperimen yang dilakukannya semasa berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bulan lalu.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Sunday, November 25, 2007

Pelakon Veteran Hussein Abu Hassan Meninggal Dunia


Masa tengah2 layari website bernama, ternampak kat bahagian Am, pelakon veteran yang juga ayah kepada pelakon Faizal Hussein, Hussein Abu Hassan. Alfatihah untuk arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat..amin


Pelakon Dan Pengarah Veteran Hussein Abu Hassan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pelakon dan pengarah veteran terkenal, Hussein Abu Hassan, 70, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain.

Anak bongsunya yang juga pelakon terkenal, Faizal berkata beliau menerima panggilan daripada pihak hospital pukul 5.30 pagi ini yang memaklumkan bapanya berada dalam keadaan kritikal.

"Ketika saya dan semua ahli keluarga tiba di hospital kira-kira pukul 6.15 pagi, doktor sedang memberikan bantuan CPR (penafasan) kerana jantung bapa telah terhenti sejak pukul 5.30 pagi lagi," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata apabila bapanya disahkan meninggal dunia, semua ahli keluarga termasuk ibunya, pelakon Mahyon Ismail berada di sisi arwah.

Jenazah bapanya dibawa balik ke rumah mereka di Taman Gombak Setia untuk dimandi dan dikapankan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak selepas Zuhur ini, katanya.

Faizal berkata pada malam tadi, beliau bersama isterinya, Suhaila Sulaiman serta anak sulung mereka pergi melawat Hussein di hospital, dan arwah kelihatan ceria serta boleh bergurau dengan cucunya itu.

"Saya memang terkejut apabila dimaklumkan pihak hospital awal pagi ini sebab ketika kami melawatnya malam tadi, arwah boleh duduk dan kelihatan ceria walaupun sukar untuk bercakap sebab dia demam dan tekaknya berdarah," katanya.

Beliau berkata bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang sejak tujuh tahun lalu, turut menghidap penyakit jantung dan paru-paru berair serta sering keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hussein yang dilahirkan pada 1937 di Alor Gajah, Melaka meninggalkan seorang isteri dan tiga anak serta empat cucu.

Selain Faizal, dua lagi anaknya iaitu Dilla, yang merupakan penulis skrip drama dan Fairuz, penyanyi R&B terkenal.

Allahyarham yang memulakan kariernya dengan pasukan polis pada tahun 50-an, telah bertukar angin dengan mula menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam filem Sri Mersing pada tahun 1961.

Antara filem yang menjadi lakonannya termasuk Tun Teja, Fajar Menyinsing, Air Mata Duyung, Laksamana Do Re Mi, Kanta Serigala, Boss, Kembar Siam dan Panglima Badul.

Allahyarham turut berlakon dalam filem luar negara seperti filem Hong Hong "Muah", filem Filipina "International Trades" dan "Crazy Pikoy Goes To Malaysia" serta filem Australia "Bailey Big Deal."

Mulai tahun 1975, beliau mula berjinak-jinak sebagai pengarah filem dengan filem pertamanya "Bunga Padi Berdaun Lalang" diikuti "Panglima Badul," "Senja Merah," "Gila-Gila Remaja," "Kanta Serigala" dan "Bujang Selamat."

Jasanya di dalam bidang seni mendapat penghargaan dengan pengurniaan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1997.

-- BERNAMA



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


Thursday, November 22, 2007

Yanie Mentor kini bergelar isteri


Yanie jadi isteri
Oleh Norhadiani Baharom
www.hmetro.com.my

HAMPIR dua tahun bergelar anak seni namun tiada satu pun gosip cinta mengaitkan Siti Surianie Jul Karim, 22, atau lebih dikenali sebagai Yanie Mentor.

Justeru, apabila kad perkahwinannya dilayangkan kepada media semalam melalui Pegawai Perhubungan Awam Artiste United Records (AUR), Saiful Azmi Jamsari, ramai yang terkejut.

Apa tidaknya, tiada angin tiada ribut kad undangan perkahwinan Yanie itu menjadi bukti dia sebulat hati menamatkan zaman daranya dengan jejaka pilihannya, Irfin Abdul Manan, 27, hari ini.

Majlis pernikahan pasangan muda itu akan dilangsungkan di Pejabat Kadi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah, selepas solat Jumaat petang ini dan diadakan cukup sederhana selain dihadiri keluarga terdekat.

Menurut Azmi, Yanie dan Irfin mula berkenalan sejak tiga tahun lalu sebelum mengambil keputusan bertunang setahun kemudian.

"Kalau tidak silap, bakal suami Yanie bertugas sebagai pegawai di sebuah kementerian kerajaan. Mereka menjalinkan hubungan sebelum Yanie menyertai program realiti Mentor lagi.

"Mengenai karier nyanyiannya, sebagaimana dipersetujui Yanie tetap meneruskan kerjayanya itu walaupun bergelar isteri. Kalau ikutkan dari awal lagi pihak pengurusan memang sudah tahu mengenai hubungan mereka," katanya.






Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Monday, November 19, 2007

EH! 20 Yang Anggun?

Dalam perjalanan ke Office dari cheras menghala ke KL, terdengar di radio Hot Fm mengenai EH! 20 Yang Anggun ni..apa kebendanya eh anggun ni .so di bawah ni 20 calon yang dikatakan anggun itu ( ye ke..:-) Undi jangan tak undi. nak bagi komen pun boleh. kot-kot ada calon pilihan hati tak tersenarai ke..ada calon yang tak layak ke. JOM undi







*boleh pilih 3 undi

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Lydia Ibtisam dari impian Illyana bertunang





kredit to santeira from forum cari

pelakon Lydia Ibtisam yang glamer dengan watak Illyana telah selamat melangsungkan majlis pertunangan berdasarkan sumber yang diberikan diatas. tahniah diucapkan dan semoga selamat ke jinjang pelamin, iyelah, masa bertunang ni lah banyak dugaan yer tak. Darah manis katakan:-)



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sunday, November 18, 2007

2 lagu Faizal Tahir mara ke akhir AJL22



2 lagu dendangan Faizal Tahir dari program Realiti One In A million mencipta kejutan apabila layak ke Final Juara Lagu musim ke 22 kategori balada. Lagu 'Mahakarya cinta' dan 'Kasih tercipta' bakal didendangkan beliau di final nanti. Tahniah diucapkan dan harap perfomance masa konsert akhir nanti mantap walaupun kena nyanyi 2 lagu


Lagu-lagu lain yang layak ialah 'Izinku Pergi' yang dinyanyikan oleh Sahri nyanyian asal oleh Kaer, 'Ceritera Cinta' oleh Jaclyn Victor dan lagu 'Harapan' yang dipopularkan Fazli Zainal



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Persandingan Ina Naim, Suhaimi meriah






KOTA TINGGI 18 Nov. � Majlis persandingan Nordiana Md. Naim, 23, atau Ina Naim dan suaminya, bekas penyanyi kumpulan In-Team, Mohd. Suhaimi Saad, 27, disempurnakan penuh meriah di Dewan Felcra Sungai Ara di sini hari ini.

Majlis persandingan pasangan yang diijabkabulkan pada pertengahan Ogos lalu itu diuruskan oleh Nasyeed.Com dan Persatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia (PIN) dengan kerjasama penduduk Felcra Sungai Ara.





Pengurus majlis itu, Mahadi Mohd. berkata, walaupun dianjurkan secara sederhana, namun ia tetap meriah dengan kehadiran 5,000 tetamu dan jemputan termasuk peminat-peminat artis berkenaan dan rakan-rakan artis daripada kumpulan Hijaz serta Mestica.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan majlis persandingan tersebut kerana mendapat bantuan sepenuhnya daripada penduduk kampung.

��Kami telah mengaturkan persiapan majlis ini bersama penduduk kampung secara bergotong-royong,� katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis persandingan pasangan artis itu.

Perkarangan Dewan Felcra Sungai Ara mula dibanjiri tetamu seawal pukul 12 tengah hari dan menjadi sesak sejurus pasangan pengantin tiba di dewan berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

Mahadi berkata, walaupun hujan lebat, atur cara majlis yang dirancang seperti persembahan silat, zapin, perarakan kompang, bacaan doa, ucapan kedua-dua belah pihak dan upacara memotong kek dijalankan mengikut jadual.

Majlis menyambut menantu bagi pihak Suhaimi pula akan diadakan pada 24 November ini di Felda Tementi, Triang, Pahang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar kemudiannya, Ina mengaku yang beliau kini hamil tiga bulan.

Mengenai kerjaya sebagai artis, beliau memberitahu, ada menerima tawaran berlakon baru-baru ini tetapi masih dalam peringkat pertimbangan manakala Suhaimi pula akan melancarkan album barunya tahun hadapan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Saturday, November 17, 2007

Koleksi gambar Faradhiya







penyanyi yang kini berlakon membawa watak Fatin dalam drama bersiri 60 episod, Spa Q, yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3.Pernah digossipkan bersama penyanyi hattan, tapi takde berita terkini mengenai hubungan diorang


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Ahmad Idham dapat habuan Mercedes

Orang kata kalau rezeki tuhan nak beri. Tahniah diucapkan kepada ahmad idham berkat kerja keras dia selama ini. Wah melaram dengan kereta free sure best giler







David Teo hadiah Mercedes Benz kepada Idham
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
www.mstar.com.my

METROWEALTH International Group (MIG) meraikan 'orang kuat' yang menjayakan filem "Jangan Pandang Belakang (JPB)" setelah memperolehi kutipan tertinggi box-office iaitu sebanyak RM7.5 juta di Hotel One World, Bandar Utama dengan memberi anugerah penghargaan kepada mereka yang terlibat semalam.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIG David Teo turut menyediakan anugerah khidmat cemerlang kepada staf-staf MIG dan tidak lupa kepada wartawan media cetak dan elektronik sebagai tanda terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada MIG.

Salah seorang penerima anugerah yang paling istimewa mendapat kejutan berupa kereta Mercedes E200K dengan nombor pendaftaran 999 dan beliau merupakan Pengarah filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.




"Apabila saya melangkah ke MIG, tak pernah terlintas pun untuk mendapat anugerah sebegini apabila berjaya. Saya memang dimaklumkan mendapat bayaran sebagai seorang pengarah. Macam filem "Remp-it" sebelum ni pun saya ada dapat bonus.

"Kalau seperti ini, saya perlu melihat pandangan yang lebih jauh lagi kerana sebelum ini bukan saya tak pernah mencuba. Contohnya filem "Tentang Bulan" tak berjaya sangat jadi saya cuba lagi dan terus mencuba.

"Bekerja dengan David secara peribadi boleh dikatakan beliau cuba menghasilkan sesuatu berdasarkan sikap berpasukan. Apabila bekerja dengan MIG beliau akan majukan orang sekeliling seperti konsep yang diterapkan dalam pembikinan filem.

"Kejayaan JPB memberi pulangan balik. Berbaloi dengan cara kami melupakan segala gangguan hantu dan cabaran lain yang dilalui sebelum ini.

"Kita cuba mewujudkan yang diluar sana kita akan kerja bukan sebab imbuhan tetapi kerja yang terbaik," terang Idham.

Menurut Idham dia tak kisah kalau diberi gelaran "anak emas" MIG selepas ini kerana sudah lali dengan gelaran yang pernah diterima di Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. dulu.

"Dulu semasa saya bekerja dengan Kuasatek pun orang cakap macam ni juga. Saya dah khatam buat drama di Kuasatek. Sekarang saya nak belajar buat filem di MIG pula. Terpulanglah orang nak kata saya "anak emas" atau "anak tembaga".

"Kenapa saya tak pergi kat orang lain? Sebab saya nak tingkatkan kemahiran diri dan belajar lagi mana tahu suatu hari nanti saya akan jadi macam MIG," ulas pelakon berusia 36 tahun ini.

Pada malam itu, bonus bernilai RM1 juta juga telah diperuntukkan kepada semua pelakon dan krew yang terlibat di dalam produksi filem JPB.

Selepas kejayaan JPB, Idham semakin yakin untuk membuat filem bergenre seram itu buat kedua kalinya melalui filem "Congkak" yang menampilkan pelakon Riezman Khuzaimi dan Nanu Baharudin.

"Filem "Congkak" merupakan filem seram yang mengikut kehendak saya. Saya perbaiki kelemahan yang ada dalam filem JPB dengan menerapkan sifat kekeluargaan dalam Congkak. Saya hendak ia jangan bawah dari JPB dan cuba memberi yang lebih seram," kata Idham.

Apakah perancangan Idham seterusnya?

"Selepas ini saya akan terus mengarah filem dan mencuba genre-genre yang lain seperti aksi kepolisan. Saya juga akan meningkatkan filem yang dihasilkan secara berperingkat," kata Idham yang sedang sibuk dengan pengambaran drama "Impak Maksima The Series" yang dijangka berakhir pada hujung tahun ini dan bakal menemui penonton TV3 bermula hujung bulan Februari atau Mac depan.


Dalam pada itu, Pelakon dan Penulis Skrip JPB Pierre Andre yang juga menerima anugerah berupa cek bernilai RM25 ribu buat pertama kalinya tidak pernah mengharap mendapat apa-apa sebagai penghargaan.

"Saya tak pernah harap apa-apa dan menganggap ini sebagai rezeki saya. Saya tak peduli kalau orang lain tak hargai asalkan majikan hargai.

"Rasa puas hati juga bekerja dengan MIG kerana David merupakan partner yang baik dan saya puas berkarya dengannya. Saya banyak belajar membuat filem dan perniagaan. Dia juga merupakan seorang mentor yang baik.

"Selepas ini saya merancang untuk menghasilkan lebih banyak karya yang lebih baik dan meningkatkan mutu karya berbanding sebelum ini.


"Dengan anugerah yang saya dapat malam ni, saya merancang untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan dan berkongsi dengan keluarga kerana kejayaan ini datang daripada ibu bapa yang saya anggap sebagai rezeki kami bersama," akhiri Pierre yang bangga dengan filem pertama arahannya 9 September yang berjaya mengutip sebanyak RM1.3 juta setakat ini.

Pada majlis yang berkonsepkan ala-festival itu, anugerah khas juga diberikan kepada empat lagi individu atas khidmat cemerlang mereka kepada syarikat tersebut.

Penghargaan yang diberikan oleh David bukan calang-calang kerana hadiah yang yang disampaikan kepada mereka cukup lumayan.


David menghadiahkan pakej menunaikan haji kepada staf MIG iaitu NorAzlina Mohd Som, sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Seri Puchong kepada Ketua Bahagian Promosi Metrowealth, Azahari Abdul Hamid, sebuah kereta Mercedes Benz E200 kepada Brian Ng, dan Ketua Pengurus Operasi Restoran Lemon dan Metrowealth Cinema, Tong Lian Soon yang menerima sebuah kereta Mercedes Benz E200 K.

Majlis gilang-gemilang itu telah dihadiri oleh lebih 1000 tetamu yang terdiri daripada artis-artis, karyawan filem dan tetamu daripaad pelbagai bidang berkaitan industri hiburan.

Antara artis yang hadir memeriahkan majlis itu ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Jalaluddin Hassan, Fasha Sandha, Hans Isaac, Linda Rafar, Syed Aiman, Nanu Baharuddin, Farid Kamil, Dynas, Irma Hasmie, Ogy Ahmad Daud, Fatimah Abu Bakar, Sharifah Amani, Sharifah Aleya dan Awal Ashaari.

Hadir sama adalah bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Tan Sri Jins Shamsudin.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


Ayu Raudhah Yang Jelita







adik kepada pelakon Rozita Che wan

Biodata Ayu Raudhah
NAMA: Raudah Che Wan
NAMA KOMERSIAL: Ayu Raudah
USIA: 23 tahun
TARIKH LAHIR: 7 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Alor Star, Kedah
TINGGI: 158 cm
BERAT: 49 kilogram
STATUS: Solo
KERJAYA: Pelakon
DRAMA: Dilema Wanita, Timur Mencinta Barat Merindu, Manjalara
HOBI: Menjahit
MAKANAN KEGEMARAN: Laksa Pulau Pinang
MINUMAN KEGEMARAN: Nescafe


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Saturday, November 10, 2007

Shasha Saidin Nikah Sekali Lagi


Sasha Saidin, bekas anggota Elite akhirnya selamat dinikahkan selepas kegagalan perkahwinannya yang pertama. Harap kekal sehingga ke akhir hayat.amin

Sasha, Salyo selamat diijabkabul
Daripada: SOPHA SULAIMAN
www.utusan.com.my


JAKARTA 10 Nov. � Penyanyi dan pelakon, Sasha Mohamad Saidin hari ini selamat diijabkabulkan dengan kenalan lamanya, Salyo Priyanto, seorang penerbit video dari Indonesia.

Kedua-dua pasangan itu pernah gagal dalam perkahwinan pertama masing-masing sebelum ini mengambil keputusan mengikat pertunangan September lalu.

Sasha, 30, bekas anggota Kumpulan Elite dan Salyo, 31, yang berasal dari Solo, Jawa Tengah dinikahkan oleh bapa Sasha sendiri, Mohamad Saidin Osman, disaksikan oleh ibunya, Siti Aishah Abdullah, ibu bapa pihak lelaki dan anggota keluarga masing- masing dalam majlis sederhana yang berlangsung di Masjid Baitussalam, Duren Tiga, Jakarta Selatan.



Turut menyaksikan pernikahan pasangan itu yang bermula pada pukul 10 pagi (11 pagi waktu Malaysia) ialah wakil jabatan agama Jakarta Selatan, Penasihat Agama Kedutaan Malaysia, Tuan Ismail Tuan Abdullah.

Sasha menerima mas kahwin istimewa berupa set barangan kemas seberat 12 gram mirip perhiasan yang pernah ditempah oleh Lady Diana dari tukang emas terkenal Solo.

Dia yang kelihatan manis mengenakan pakaian gadis Jawa, iaitu kebaya putih bersulam, bertudung kepala dengan hiasan bunga melati dan bersarung batik sementara Salyo kelihatan tampan dengan baju Melayu putih dan bersamping gelap, memperlihatkan seperti pertukaran budaya antara kedua mempelai.

Salyo hanya melafazkan sekali akad nikah itu sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa barang kemas seperti rantai, subang dan gelang dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

Majlis kesyukuran pernikahan Sasha dan Salyo diadakan malam ini di dewan serbaguna masjid berkenaan sementara majlis perkahwinan Sasha di Kuala Lumpur akan berlangsung secara sederhana di Hotel de Palma, Ampang pada 1 Disember ini.

Menurut Sasha, dia bersyukur kerana majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana harmoni dan menerima doa restu kedua keluarga, memperlihatkan hubungan baik antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Gambar shasha semasa bertunang




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe