Monday, November 26, 2007

Sheikh Muszaphar bertunang tidak lama lagi?




KUALA LUMPUR 26 Nov. � Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini berharap dapat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya tidak lama lagi.

Meskipun enggan mengesahkan hubungannya dengan Dr. Halina Mohd. Yunos yang mencuri tumpuan media apabila mendampinginya Sabtu lalu, beliau memberitahu, hubungan mereka belum memasuki alam pertunangan.

Namun, apabila ditanya sama ada beliau akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi, Sheikh Muszaphar berkata:��Tidak lama lagi, saya harap.��



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penganjuran Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia (MISA) di restoran miliknya, Rebung, di sini hari ini.

Ahad lalu, akhbar menyiarkan gambar dan identiti gadis pilihan Sheikh Muszaphar, 35, yang menemaninya ke majlis mesra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama media di sini.

Halina, 27, seorang doktor perubatan dalam bidang kecantikan (estetik) di PrimaNora Women�s Wellness Centre, mula berkenalan dengan Sheikh Muszaphar semasa menuntut di UKM, lima tahun lalu.

Kedua-duanya bagaimanapun enggan mengesahkan hubungan mereka sebagai kekasih meskipun Sheikh Muszaphar menyatakan mahu menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2009.

Semalam, bapa kepada Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha menjawab persoalan itu dengan mengesahkan hubungan mereka sebagai kekasih dan mengakui Halina bakal menantunya.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Ditanya berkali-kali mengenai butiran hubungannya dengan Halina, beliau tetap dengan pendirian mahu kehidupan peribadinya diasingkan dan enggan menjawab tapi hanya tersenyum.

Beliau turut memberitahu, media lebih gemar menyoalnya berhubung hubungan peribadinya berbanding eksperimen yang dilakukannya semasa berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bulan lalu.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


No comments:

Post a Comment