Friday, February 8, 2008

Noraniza Idris bukan janda lagi?


Petikan dari Utusan Malaysia online

Noraniza Idris bukan janda lagi

PUTRAJAYA 6 Feb. - Penyanyi, Noraniza Idris menamatkan spekulasi mengenai kisah cintanya apabila mengesahkan telah berkahwin dengan seorang usahawan, hujung minggu lalu.

Noraniza, 40, dan suaminya yang berusia awal 50-an itu berkahwin dalam satu majlis tertutup di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Menurut penyanyi itu, dia membuat keputusan menamatkan zaman janda selepas lebih tiga bulan mengenali suaminya yang berasal dari sebuah negeri di utara tanah air.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan selamat. Harapan saya, perkahwinan ini akan menamatkan segala spekulasi dan gosip mengenai saya selama ini," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Noraniza yang dikenali ramai sebagai pejuang lagu-lagu irama tradisional sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fareez pada 31 Mac 1988 dan disahkan bercerai pada Mei 2006.

PerkahwinanHasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu, Mohd. Alif Haikal, 19, dan Mohd. Alfeq Haikal, 15.

Menurut Noraniza, hatinya terbuka untuk berkahwin lagi selepas yakin dengan kejujuran dan keikhlasan suaminya.

"Saya juga bersyukur kerana abang (panggilan buat suaminya) juga menerima kehadiran kedua-dua anak saya. Itu sudah cukup membuktikan keikhlasannya," ujar Noraniza yang kini muncul dengan imej bertudung.

Pada pertemuan itu, Noraniza yang ditemani suaminya bagaimanapun enggan membenarkan gambar mereka berdua dirakamkan atas sebab-sebab peribadi.

Biarpun kini muncul dengan imej bertudung, itu tidak menghalang Noraniza untuk terus aktif menyanyi.

"Saya memilih untuk mengubah imej kerana Allah dan selepas mendapat restu daripada suami. Bagaimanapun, itu juga tidak menghalang saya daripada terus aktif menyanyi," kata Noraniza yang kini sibuk merancang konsert solonya di seluruh negara.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


No comments:

Post a Comment