Tuesday, June 24, 2008

Linda dan fahrin Putus sahabat?


Linda tidak pernah buat pengakuan ada bibit cinta antara mereka berdua

SEBELUM ini status hubungan mereka berdua menjadi teka teki pelbagai pihak. Andai ditanya apakah mereka sebenarnya pasangan yang sedang bercinta, pastinya ayat yang akan terpacul dari mulut penyampai radio Era, Linda Onn dan pelakon Fahrin Ahmad adalah kami hanyalah 'teman tapi mesra'.

Dan itulah juga frasa selamat yang akan menjadi perisai setiap kali mereka berdepan dengan pertanyaan seperti itu. Namun apabila 'hubungan' itu dikatakan 'putus di pertengahan jalan' seperti yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, ramai yang kembali tertanya-tanya apakah status sebenar pasangan ini.


Melihat kepada kenyataan si jejaka, ia bagaikan memberi gambaran bahawa mereka memang pasangan bercinta tetapi terpaksa merahsiakannya atas sebab-sebab tertentu. Malah sewaktu ditemubual Hip sebelum ini, Fahrin banyak berkias dan sekali gus menyerahkan peminat untuk menterjemahkan sendiri kenyataan yang diberikannya itu.

Ketika menghubungi Linda sendiri bagi mendapatkan kepastian, jawapan yang diberikan tetap sama iaitu antara mereka tidak pernah wujud perasaan cinta dan mereka berdua juga bukan pasangan kekasih seperti yang ramai sangka. Jelas Linda lagi, sejak awal persahabatan lagi dia tidak pernah membuat sebarang pengakuan kepada mana-mana pihak bahawa lelaki itu adalah teman istimewanya.

Tanpa niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak serta enggan mengelirukan keadaan, Linda menegaskan mungkin takdir sudah tertulis antara dia dan Fahrin memang tiada jodoh.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

No comments:

Post a Comment