Fiq & Ajai sah ganti Faizal untuk AJL22
Oleh: Ellyna Ali www.murai.com.my
KUALA LUMPUR, 23 JAN 2008: Teka-teki siapa yang bakal menggantikan Faizal Tahir menerusi lagu Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang akanberlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Ahad ini, 27 Januari,nampaknya sudah pun terjawab.
Akhirnya, juara program realiti Mentor musim kedua, Fiq menjadi pilihan penerbit AJL22 untuk menggantikan tempat Faizal bagi membawakan lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan Shah Shamshiri sementara bagi lagu Kasih Tercipta, ia akan didendangkan sendiri oleh komposernya, Ajai.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Fiq dan Ajai kepada murai.com.my sewaktu mereka dihubungi menerusi telefom bimbit masing-masing siang tadi.
"Memang pihak penerbit AJL22 ada menghubungi saya meminta tolong untuk menggantikan tempat Faizal bagi lagu Mahakarya Cinta.Awalnya saya agak terperanjat apabila menerima panggilan itu. Saya tak sangka apabila pihak penerbitan rasa saya layak menggantikan Faizal.
"Sungguhpun begitu, inilah saat serta peluang keemasan yang terbaik untuk saya membalas jasa TV3 yang selama ini telah banyakmenaikkan nama saya dalam bidang seni suara.
"Sebagai kawan kepada Faizal pula, saya akan cuba membantu sedaya upaya. Cuma saya harap pihak media serta peminat Faizal dapat menerima kehadiran saya seadanya nanti.
"Apapun, saya berasa sangat terharu dengan kepercayaan yang diberikan pihak penerbitan AJL22 apabila memilih saya dan menganggap saya adalah calon yang sesuai untuk menyampaikan lagu Mahakarya Cinta. Insya-Allah saya akan berusaha memberikan yang sebaik mungkin dengan cara saya sendiri," kata Fiq.
Sementara itu, Ajai pula berkata, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menggantikan Faizal.
"Sebelum ini saya sudah pernah menyanyikan lagu Kasih Tercipta secara langsung. Kalau boleh saya mahu Faizal menyanyikan sendiri lagu ini tetapi nak buat macam mana, kita perlu akur dengan arahan. Saya akan cuba menyanyikan Kasih Tercipta ini dengan sebaik mungkin,' kata Ajai yang turut sibuk dengan uji bakat Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ketika ini.
Isu mengenai penyanyi yang bakal menggantikan tempat Faizal menerusi kedua-dua lagu terbabit dalam AJL22 mula hangat diperkatakan apabila Faizal telah dilarang membuat sebarang persembahan sama adakonsert atau pun program hiburan yang ke udara secara live di kaca TV selama 3 bulan.
Arahan itu dikeluarkan tahu arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia yang tidak berpuas hati dengan aksi keterlaluan yang ditonjolkan penyanyi itu dalam sebuah konsert yang dianjurkan 8TV di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, Faizal akui sengaja menanggalkan bajunya ketika menyanyi sambil berniat menunjukkan lambang S yang diwarnakan pada tubuhnya itu.
Bertitik tolak daripada itu, Fiq dan Yazer pada awalnya disebut-sebut sebagai antara calon hangat yang bakal menggantikan tempat Faizal dalam AJL22 kerana mereka mampu menguasai genre pop rock dengan baik.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
No comments:
Post a Comment