Bertuah ning baizura yang bakal bersuamikan Omar Sharif Christopher Layton Dalton. Harap hubungan mereka selepas bernikah kelak akan kekal selama-lamanya.
RM66,666.66 untuk Ning
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Ning Baizura Hamzah, 33, bakal menerima wang hantaran RM66,666.66 pada majlis akad nikah yang dirancang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di sini, pada 31 Januari depan.
Tunang Ning, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 34, akan menyerahkan wang hantaran itu bersama mas kahwin RM80.
Menerangkan lebih lanjut mengenai perkara itu, Ning yang ditemui di rumah ibu angkat Omar, Datin Farida Hashim di sini, malam tadi, berkata jumlah hantaran itu turut dipersetujui bapanya, Hamzah Mohamed.
�Sebenarnya ayah mencadangkan agar wang hantaran diberikan mengikut angka jumlah ayat yang ada dalam al-Quran.
�Mengikut kiraan dalam al-Quran ada 6,666 ayat, tetapi Omar bermurah hati memberikan 10 kali lebih jumlah ditetapkan keluarga saya,� katanya.
Begitupun, jelas Ning, nilai hantaran diberikan bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia ikhlas daripada bakal suami kepadanya.
Omar yang turut berada di situ pula menyatakan perasaan kasih dan cinta diberikan Ning terhadapnya lebih besar daripada jumlah hantaran bakal diserahkan pada hari pernikahan nanti.
�Saya hargai pengorbanan dan kesediaan Ning melayari hidup berumah tangga bersama saya. Walaupun dilihat banyak, jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Ning untuk saya, ia tidak ternilai dengan wang ringgit,� katanya.
Sementara itu, perancangan majlis pernikahan dan persandingan yang bertemakan ala kampung bakal berlangsung 2 Februari di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade di sini, berjalan lancar.
Farida yang banyak memberikan pandangan mengenai perkahwinan itu, berkata walaupun agak rumit tetapi dengan bantuan pereka set dalaman terkenal Ted Adzlan, apa yang dirancang sedikit sebanyak dapat direalisasikan.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
No comments:
Post a Comment