Thursday, April 24, 2008

Fendi A to Z meninggal dunia


Fendi atau nama sebenarnya Affendey Zainon (tengah) bersama Lan (kiri) dan Jeff (kanan) ketika menganggotai kumpulan A to Z

Al Fatihah buat Fendi A to Z, takziah buat keluarga

KUALA KEDAH: Bekas anggota kumpulan A to Z, Affendey Zainon, 39, atau lebih dikenali sebagai Fendi meninggal dunia akibat diserang angin ahmar selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Norma Md Akhir, 58, dan bapanya, Zainon Cha, 58, di HSB, kira-kira jam 9.30 pagi.

Kumpulan A to Z popular dengan lagunya Itik Gembo-Gembo dan Berdendang pada 1990-an.

Lebih 200 orang, termasuk sanak saudara dan peminat menziarahi Allahyarham di rumah keluarganya di Taman Harapan di sini, untuk memberi penghormatan terakhir.

Adik perempuannya, Zailiawati Zainon, 32, berkata abang sulungnya itu diserang angin ahmar sejak Disember tahun lalu dan sejak itu arwah tidak berselera makan sehingga menyebabkan badannya semakin susut.

Katanya, Ahad lalu, abangnya mengadu sesak nafas dan beliau kemudian membawa Fendi ke HSB untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dengan keadaannya yang tidak bermaya.

�Saya memujuknya supaya pergi ke hospital tetapi dia hanya mendiamkan diri. Tak sangka pula dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Harapan di sini, semalam.

Beliau berkata, abangnya hanya sempat menyertai kumpulan A to Z selama dua tahun dan berhenti dari dunia hiburan untuk menyertai kumpulan tabligh.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

No comments:

Post a Comment