Friday, April 18, 2008

Nasha Pasrah Putus Tunang


Jelita. Nasha Aziz ketika majlis bertunang

Pelakon dan Model jelita, Nasha Aziz memutuskan ikatan pertunangan bersama Pengarah Fotografi, Mohd. Helmi Mohd Yusof, 30, pada Februari lalu, ia merupakan keputusan mereka berdua apabila masing-masing tidak sehaluan lagi.
Tidak berapa lama dulu, Nasha sendiri pernah mengakui bahawa dirinya berada dalam tekanan malah dia dan Helmi sedang berhadapan dengan masalah peribadi.
Tetapi katanya, mereka dalam peringkat berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Tak sangka pula akhirnya kedua-duanya memutuskan tali ikatan itu dan ia sudah diberitakan Kosmo! dengan tajuk Nasha-Helmi Sudah Putus Tunang pada 30 Januari lalu.
Itu pun bukanlah dari mulutnya sendiri tetapi dijelaskan oleh abang angkat Nasha, Hamidi Aziz.


"Apa pun kami tetap rapat seperti kawan biasa sungguhpun tiada jodoh antara kami.
"Kami memutuskan hubungan dengan cara yang baik dan masih berkawan serta bertelefon seperti biasa.
"Cuma perasaan cinta saja yang sudah tiada di antara kami," tuturnya memulakan bicara. Ini bicara pertama Nasha kepada media mengulas soal putus tunang dengan Helmi.
Nasha ditemui pada majlis minggu setiausaha Rafflesia baru-baru ini.
Bertanyakan tidakkah dia tertekan dengan situasi yang dihadapinya, ditambah pula dengan banyak masalah lain yang belum selesai, pantas saja Nasha bersuara : "Saya seorang yang berjiwa merdeka dan tidak akan mengenangkan masalah lalu. Sebaliknya ia cuma dijadikan pengajaran untuk melalui kehidupan di masa akan datang.
"Lagipun, saya terima apa yang Tuhan beri. Setiap manusia pasti ada jodoh masing-masing, cuma kita tak tahu ia datang lambat ataupun cepat. Apa yang boleh saya lakukan cuma bersabar menantikan hari bahagia," katanya yakin positif.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



No comments:

Post a Comment