Wednesday, October 8, 2008

Catriona Ross bertunang




TIADA apa yang membahagiakan aktres Catriona Ross atau Catt selain daripada hatinya berjaya dicuri oleh lelaki bernama Shaharuddin Moktharuddin.

Hanya dalam tempoh sembilan bulan perkenalan, Shaharuddin yang bertugas sebagai penerbit di stesen televisyen Astro melamar aktres yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris.

Hari bahagia Catriona Ross

Selepas kata sepakat dicapai, pasangan itu kemudiannya mengikat tali pertunangan pada hari raya keempat baru-baru ini di kediaman keluarga Catt di Kota Bharu, Kelantan.

Sikap gentleman Shaharuddin serta rasa hormat yang tinggi pada wanita menyebabkan saya tertarik kepada peribadinya.
Saya bersyukur kerana ditemukan dengan seorang lelaki yang berperibadi mulia seperti Shaharuddin, ujar Catt dalam satu perbualan dengan Mega beberapa hari selepas bergelar tunang orang.

Lapan bulan dari sekarang, Catt atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin, 28, dan Shaharuddin, 29, bakal bergelar suami isteri.

Namun buat masa sekarang, mereka belum menetapkan sebarang perancangan untuk melangkah ke dunia baru ini.

��Baru saja selesai majlis bertunang. Beri kami sedikit masa untuk memikirkan hal-hal lain khususnya mengenai karier kami dulu,�� katanya sambil memberitahu perancangan perkahwinan akan diatur kemudian.

Hari bahagia Catt pada Syawal keempat tempoh hari turut dimeriahkan dengan kehadiran ayah tercinta, Bahrin Ross Abdullah yang bertugas sebagai jurutera di Romania.

��Saya gembira kerana ayah dapat turut serta dalam majlis pertunangan saya. Ayah juga begitu ceria untuk menerima kehadiran menantu,�� ujar Catt sambil merakamkan terima kasih kepada ayah dan ibunya, Siti Zawiyah Abdul Rahman serta seluruh kaum keluarga kerana membantu mengendalikan majlis pertunangannya dengan lancar.

Apa yang membuatkan majlis pertunangan tempoh hari bertambah manis kata Catt ialah, rakan-rakan lamanya turut sama menyumbangan tenaga, idea dan kepakaran bagi memastikan Catt berseri di hari bahagianya.

Mereka ialah Kuzie yang bertanggungjawab menyolek wajah Catt, Zalita dari butik Maybride, Kota Bharu (pelamin) serta Ruby (pakaian).




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

No comments:

Post a Comment