Monday, October 13, 2008

Finalist Gadis Melayu TV9











Yang mana pilihan anda? semuanya manis2 belaka

klik untuk besarkan

Pada 8 Oktober lalu, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 yang diberi nama GADIS MELAYU telah diadakan di Shah Alam.
Hampir tiga bulan ujibakat Gadis Melayu dijalankan di seluruhpelusuk Malaysia seperti Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, PulauPinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.


Daripada keseluruhan 1000 peserta yang hadir, hanya 10 calon sahajayang terpilih untuk menyertai sebuah lagi rancangan realiti terbaruterbitan TV9 ini. Menariknya, peserta yang hadir mendapat sokonganserta dorongan daripada ahli keluarga mereka.
Bagi memperkenalkan 10 gadis bertuah ini, satu sidang media diadakandi Villamay sebelum mereka mengorak langkah lebih jauh dalam menitiproses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanianyang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon gadis melayu ini.Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap hariKhamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008.
Sidang media yang dirasmikan oleh Dato� Sri Farid Ridzuan, KetuaPegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima dan EncikBukhari Che Muda selaku Ketua Pegawai Operasi TV9 ini turutmemperkenalkan pengacara program dan tiga juri tetap bagi rancanganGadis Melayu ini.
Rancangan terbaru ini berusaha untuk mengetengahkan ikon gadismelayu idaman dalam membentuk jatidiri mereka serta mewarisi budaya dantradisi kemelayuan. Ini dapat dibuktikan apabila kemodenan tidaksedikit pun menghakis nilai-nilai indah warisan melayu daripada merekayang semakin dilupakan generasi muda kini.
Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayuideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguhkepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi.Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan,kemahiran, personaliti, dan keagamaan. Berikut adalah senarai pesertayang berjaya melayakkan diri dalam rancangan Gadis melayu:

* Zehra Zambri (Selangor)
* Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan)
* Khairul Noormaidah Bt Zali (Rawang, Selangor)
* Noor Afzan Bt Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah)
* Siti Nurashikin Bt Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah)
* Nurul Khusna Bt Uma (Kuantan, Pahang)
* Ayunaliza Bt Atan (Johor Bharu)
* Wan Fariza Binti Mustafa (Melaka)
* Efi Norfiani Bt Aris Setiawan (Kajang, Selangor)
* Nur Aishah Zainal (Melaka)

Rancangan realiti selama satu jam ini akan menyaksikan pelbagaicabaran berbeza pada setiap minggu yang akan dihadapi oleh setiappeserta seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asassains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya.Setiap elemen yang dinilai ini amat penting untuk memastikan bakalpemenang benar-benar layak setelah menyertai latihan serta menjalankantugasan mingguan.
Setiap peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap dalam setiaptugasan yang diberikan. Juri-juri tersebut adalah Yang Mulia To� PuanSeri Diraja Noor Aini Dato Abdullah, Dato Paduka Prof. Emeritus DatukDr. Nik Safiah Karim seorang pakar bahasa dan Karyawan Tamu di AkademiPengajian Melayu, Universiti Malaya dan Ustazah Siti NorBayah Mahmoodyang merupakan penceramah agama serta motivasi.
Peserta yang memperolei markah terendah akan disingkirkan darirancangan ini. Justeru, mereka harus mengambil peluang yang adasepenuhnya serta memberi perhatian terhadap apa yang dipelajarisepanjang berada dalam cabaran yang disediakan.





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

No comments:

Post a Comment