Monday, August 3, 2009
Datuk Rosman dan Datin Noniswara diijabkabul
Pasangan Datuk Rosman dan Datin Noniswara telah selamat diijabkabul baru-baru ini
SINAR kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-dua pasanganpengantin baru Datin Noniswara dan Datuk Rosman yang telah selamatdiijabkabulkan pada 31 Julai lalu di Masjid Wilayah, Jalan Duta, KualaLumpur.
Namun tidak dinafikan Nonis atau nama sebenarnya NoniswaraBaharudin, mengakui perkahwinannya ini tidak dirancang dengan baikmalah keputusan dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa.
"Nonis agak tertekan dengan segala persiapan, kalau boleh nak majlis perkahwinan kami berjalan lancar.
"Kalau diikut pada perancangan awal, tarikh perkahwinan kami sebenarnya adalah lambat lagi. Kami rancang nak kahwin lepas raya.
"Tapi bila difikir semula, Nonis pun ketika itu dalam keadaan yangtergesa-gesa jadi buat keputusan pun tanpa dirancang dan kami pilihuntuk percepatkan perkahwinan kami," kata aktres jelita ini.
Ketika ditanya mengapa Nonis memilih untuk percepatkan tarikhperkahwinan mereka, Nonis mengatakan dia bersama suami hanya inginmempercepatkan perkara yang baik dari menjadi bahan umpatan orang lain.
"Nonis nak semuanya selesai cepat, orang ramai tertanya-tanya statuskami jadi kami tak mahu menjadi fitnah orang dan kami fikir baik kamikahwin cepat," katanya lagi.
Bagi suami Nonis, Datuk Rosman Ridzwan, Nonis menjadi pilihanhatinya berdasarkan empat faktor yang dilihat iaitu sifat keibuan yangdimiliki Nonis, lemah lembut, kejelitaan Nonis dan yang paling pentingjodoh yang telah ditentukan Tuhan.
"Bagi saya apa yang penting adalah jodoh itu sendiri. Saya tidak merancang apa-apa, semua ini ketentuan Tuhan.
"Kalau kita nak cari jodoh sendiri memang susah, tapi bila Tuhanyang tentukan dan susunkan perjalanan hidup kita, Alhamdulillahsemuanya baik," kata Pengerusi U Mobile ini.
Pasangan Datuk Rosman dan Datin Noniswara terpaksa cepatkan tarikh nikah nak elakkan fitnah dan umpatan orang
Namun berlainan bagi Nonis, perkahwinan keduanya ini adalahberlainan dari perkahwinannya kali pertama dulu kerana ketika itu Nonismasih muda dan tidak berfikiran matang dalam perkara rumah tangga.
"Waktu tu Nonis masih muda, berlainan sangat. Sekarang Nonis dah matang dan akan lebih berhati-hati.
"Nonis nak yang terbaik dalam hubungan suami isteri kali ini. DuluNonis memang dah terdedah dengan kehidupan korporat ini, selaludijemput ke function besar-besar.
"Sekarang ni bila dah berumah tangga Nonis akan lebih berhati-hati dalam pergaulan untuk jaga maruah suami," katanya.
Ditanya mengenai bulan madu, pasangan ini menyatakan hasrat ingin keEropah namun masalah waktu kerja kedua-dua pasangan ini membuatkanmereka menangguhkan dahulu hasrat mereka.
"Selepas raya baru kami akan rancang perkahwinan kami sebab kamimasih belum buat 'adjustment' atas jadual kami lagi," kata Nonis.
Pasangan ini juga tidak lari dari keinginan untuk memiliki cahayamata meskipun Nonis sudah memiliki tiga orang anak dan Rosman pulasudah mempunyai anak seramai lima orang hasil perkahwinan dengan duaorang isteri.
"Berkenaan cahaya mata kami berserah pada rezeki tuhan, Insya-Allahkalau ada rezeki dapat seorang anak pun jadilah, kalau tak ada rezekikami terima juga," kata kata pelakon drama bersiri �Dendam� ini.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-NikahJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh danadik kepada Noniswara, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepadakakaknya.
Majlis resepsi pula akan berlangsung 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Labels:
artis kahwin,
Noniswara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment