Monday, August 3, 2009
Gambar Hangat Tiz Zaqyah
Pelakon Tiz Zaqyah yang membawa watak Nur Amina dalam rancangan Nur Kasih..
Siapa sangka, tudung digayakan dalam drama Impian Ilyana musim keduadan ketiga serta Nur Kasih yang kini popular di TV3 membawa tuahkepadanya. Kini, nama Tiz Zaqyah yang mesra dengan panggilan Tizsemakin dikenali dan mendapat perhatian.
Apapun, bukan mudahuntuk Tiz Zaqyah mencapai kejayaan itu. Akuinya, ia rezeki yang diberiTuhan kerana setiap watak diterima selepas menjalani uji bakat.Kepayahan yang pernah dilaluinya dirasakan sangat berbaloi.
Katanya, menjadi insan seni bukan semudah disangka. Setakat ini tawaranberlakon diterima berdasarkan uji bakat dijalani, tetapi itu tidaksedikit pun mematahkan semangatnya untuk berusaha mengukir nama.
"Saya seronok memulakan karier lakonan dari bawah. Menghadiri uji bakatmemberikan pengalaman berharga untuk saya berusaha gigih mendapatkansesuatu watak. Dalam soal ini, saya tidak kisah apa wataknya asalkantawaran diterima.
"Sebab itu, watak bertudung pun saya ambil.Objektifnya, hanya satu, kerana saya minat berlakon dan inginmenonjolkan bakat dimiliki. Ditambah lagi, persaingan di kalanganpelakon baru sekarang ini sengit dan saya perlu bijak membawa diri.
"Apapun, saya tidak mahu dianggap hipokrit oleh peminat. Justeru, sayamengaku bertudung itu sekadar menuntut kehendak watak dan kehidupansebenar pula sebaliknya. Saya sama seperti gadis remaja lain yang tidakbertudung dan gemar bersosial.
"Cuma, apabila sudah menjadipelakon, semuanya berubah. Saya terikat dengan jadual penggambaran dansibuk di lokasi. Oleh itu, masa untuk diri sendiri bergembira agakterhad dan jika ada masa terluang saya senang bersama keluarga,"katanya.
Berusia 21 tahun, Tiz Zaqyah kelihatan cukup matang.Tutur katanya dan gaya menunjukkan dia sudah bersedia menempuhikehidupan sebagai artis. Menurutnya, ini kerjaya yang dipilih danperlulah tahu berhadapan dengan dugaan.
"Bagi saya, bukansenang untuk dikenali apatah lagi popular. Justeru, saya perlu kerjakeras untuk itu tanpa mengira penat dan hal peribadi. Saya perluprofesional dan kerjaya ini menuntut pengorbanan masa yang besar untukberjaya.
"Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana keluarga memahami minatdan memberikan sokongan padu. Malah, ibu saya sendiri penonton danpengkritik setia. Bersandarkan sokongan itu, diharapkan berjaya danmasyarakat menerima kehadiran saya dalam industri.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Labels:
Gambar panas,
Tiz Zaqyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment