Wednesday, January 16, 2008

Faizal Tahir dihukum buat kerja amal



Aksi dirancang
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


PETALING JAYA: �Saya memang merancang membuka baju ketika di belakang pentas lagi tanpa pengaruh dadah atau alkohol ketika itu.

�Saya juga mengecat huruf S di badan ketika di belakang pentas kerana meniru aksi pelakon Tom Welling (watak Clark Kent) dalam siri popular Smallville yang diangkat dari cerita Superman,� kata naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir.




Pada masa sama, Faizal mengaku dia tidak berfikir panjang sebelum melakukan perbuatan itu dan tidak sangka ia mencetuskan kontroversi dan memberikan impak besar kepada penonton.

�Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya juga buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir semua orang.


�Bagaimanapun, saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,� katanya ketika ditemui pada sidang media di 8TV di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.


Sidang media itu diadakan bagi membolehkan Faizal memohon maaf berhubung tindakannya menanggalkan baju ketika membuat persembahan secara langsung yang disiarkan menerusi 8TV sempena ulang tahun keempat saluran itu di Central Park Avenue di sini, malam Ahad lalu.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainul.

Beliau yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah perkara tidak diingini sebelum konsert diadakan selepas ini.

�8TV juga mengambil tindakan tegas kepada Faizal dengan memintanya memohon maaf secara terbuka dan memberi amaran keras kepadanya. Faizal juga diminta membuat kerja amal dalam tempoh enam bulan,� katanya.

Faizal mula mencetuskan kontroversi apabila aksi meluncurnya yang disifatkan keterlaluan ketika dua lagu dendangannya, Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta diumumkan mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.


faizal tahir buka baju


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



No comments:

Post a Comment