Saturday, January 12, 2008

Pelakon Seksi Zila Bakarin Bernikah



pelakon drama yang terkenal berimej seksi, zila bakarin atau nama betulnya Rosmawati bakarin telah selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, azri izhar.

Zila kelihatan manis bertudung. Kan elok kalau imej ni kekal sampai la lepas dia bersanding nanti..



berikut berita penuh

KUALA LUMPUR 11 Jan. � Tanpa bertunang, pelakon seksi, Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 33, diijabkabulkan dengan pasangannya Azri Izhar, 34, di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Bashri Abd. Majid, dengan mas kahwin RM1,000.
Dengan sekali lafaz, Azri sah bergelar suami Zila dan kedua- dua mempelai kelihatan berseri mengenakan pakaian berwarna putih.
Majlis pernikahan pasangan tersebut dibuat secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai.
Zila Bakarin yang ditemui selepas majlis akad nikah tersebut kelihatan terkejut dengan kehadiran wakil media tetapi tetap menyambut baik kedatangan media.

�Bukan Zila tidak mahu jemput media. Ini hanya majlis kecil, sebab Zila bercadang jemput pihak media semasa persandingan Zila nanti,� katanya.


Diminta mengulas tentang perhubungannya, kata Zila dia mengenali Azri yang merupakan seorang jurukamera sejak tujuh tahun lalu sewaktu menjalani penggambaran drama.

�Zila harap selepas perkahwinan ini rezeki Zila akan lebih murah dalam lakonan dan kekal bahagia dalam perkahwinan selamanya,� kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.


Tambah Zila, persandingannya akan dibuat dalam masa terdekat iaitu sebelum pertengahan tahun ini dengan hantaran sebanyak RM20,000.

Ehsan Utusan Msia 12 Januari 2008



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

No comments:

Post a Comment