Sunday, January 13, 2008

Kakak dan Adik Siti Nurhaliza Cuba Nasib


Kakak dan Adik Siti Nurhaliza Cuba Nasib di uji bakat Akademi fantasia 6..

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2008: Dalam ribuan peserta yang datang ke uji bakat Akademi Fantasiamusim keenam (AF6) di Pusat Penyiaran Astro di Bukit Jalil, semalam,kakak dan adik kepada Datuk Siti Nurhaliza pun turut kelihatan.

Mereka adalah Siti Nursaidah Taruddin, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Ida (gambar atas, kiri) dan adiknya, Siti Nursaerah, 25 (kanan).

Ida yang juga ibu kepada 4 orang anak akui ingin membuat kejutan kepada Siti Nurhaliza sendiri kerana sebelum ini beliau tidak pernahmengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan nyanyian. Penyertaannya memang mendapat restu daripada suami yang tidak pernah menghalang minatnya dalam bidang nyanyian.

Berbeza dengan Saerah kerana dia tidak pernah berputus asa mencuba nasib dalam beberapa program realiti TV sebelum ini.

"Sebenarnya saya hanya menemankan Saerah. Alang-alang syaratumur sudah dinaikkan, apa salah saya cuba tonjolkan bakat terpendamdalam diri saya. Lagi pun suami saya tak kisah. Ini sebenarnya satukejutan untuk Siti (Nurhaliza)," kata Ida yang membawakan lagu Pastikan nyanyian siapa lagi kalau bukan adiknya sendiri.

Sementara itu, Saerah yang lebih dikenali berbanding Ida terlebih dulu mendapat restu daripada Siti. Malah, dia meminta pendapatdari Siti mengenai lagu dan selok belok pertandingan. Saerah yang sudah bertunang, mulanya tidak begitu yakin untuk menyertai AF kali ini. Inisemua kerana syarat AF yang mewajibkan pelajar tinggal berjauhan dari keluarga.

"Saya mencuba hanya untuk mencari pengalaman dan menambah pengetahuan. Dari AF musim pertama lagi ada kawan ajak saya cuba, tapi saya tak bersedia. Kali ini, saya fikir apa salah mencuba dan tidak mahu menunggu lagi.

"Kak Siti tahu saya datang uji bakat dan dia tidak pernah melarang saya. Dia selalu ingatkan saya supaya buat yang terbaik," kata Saerah yang nyata bernasib baik kerana berjaya melepasi ujian peringkat kedua AF6 bersama Ida.

sumber:www.murai.com.my




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

No comments:

Post a Comment